Ads 468x60px

Isnin, 28 Mac 2011

KM2- Teknik saspens dan konflik dalam Drama Lawyer Dahlan

Teknik saspens
      i.             Pembaca tertanya-tanya akan sikap seterusnya bagi watak Dahlan terutamanya selepas beliau pulang dari luar Negara. Sebelum dia ke luar Negara, dia digambarkan sebagai seorang yang baik. Bagaimanapun  apabila dia pulang saja dari luar Negara, sikapnya mula berubah kepada nagatif.
   ii.          Pembaca tertanya-tanya nasib Rahimah dan rumahtangga Rahimah seterusnya terutamanya apabila Dahlan berubah sikap selepas pulang dari luar Negara.
iii.         Pembaca tertanya-tanya akan nasib atau hubungan seterusnya antara Rahimah dengan emaknya. Hal ini ada kaitan dengan perubahan sikap Rahimah selepas tinggal di Bandar. Dia berpura-pura tidak mengenali ibunya yang datang menziarahinya, malah dia menyuruh ibunya pulang. 
                          
Konflik-konflik dalam drama
                  I.           Konflik dalaman bagi watak emak Rahimah setelah dia tidak diterima oleh Rahimah selepas Rahimah pulang dari luar Negara. Lebih serius, Rahimah tidak mengakui emaknya yang datang menziarahinya.
               II.           Konflik dalaman bagi watak Dahlan selepas keluar dari penjara. Dia berasa kecewa dan menyesal sehingga hendak membunuh diri.
            III.            Konflik dalaman bagi watak Pak hamid. Pak hamid mengalami konflik dalaman apabila berdepan dengan perubahan sikap Dahlan selepas pulang dari luar Negara. Dahlan suka berfoya- foya dan Dahlan juga bersikap tamak selepas mendapat kedudukan dalam masyarakat.
     iv.    Konflik antara Pak Hamid dan Dahlan- Dahlan tidak mendengar nasihat yang diberikan Pak Hamid terutama apabila Pak Hamid memintanya mengambil semula Rahimah setelah Rahimah diceraikan. Dahlan enggan dan mengatakan tidak akan menjilat balik ludahnya
     v.      Konflik antara Rahimah dan ibunya- setelah Rahimah balik dari luar negara, ibunya datang untuk berjumpa dengannya dengan membawa sayur-sayuran kampung tetapi Rahimah bukan sahaja tidak mengakui bahawa itu adalah ibunya tetapi turut menghalau ibunya
      vi.   Konflik antara Rahimah dan Dahlan- setelah balik dari luar negara, Dahlan mula berubah sikap, selalu keluar malam dan suka berfoya-foya menyebabkan mereka selalu bergaduh hingga akhirnya membawa kepada perceraian mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan