Ads 468x60px

Ahad, 10 April 2011

SINOPSIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR




BAB 1
Bab ini mceritakan latar blkang hbungan pniagaan En Mahammad,pengarh urusan Firma Serba Dagang Internasional,ank syarikat Tan Enterprise dgn Datuk Tan.DT sgt mengagumi kblehan dan khebtan EM sbgai seorg ank mlayu dlm mnguruskan  pniagaannya.Mahani mpersilakan DT ke pjbt EM smntara mnanti  kdtangan EM.Wlaupn menunggu org bknlah kbiasaan bgnya sbgai seorg pngarah,nmun dgn rkn kongsinya EM,DT snggp btlak ansur dmi kpntingan pniagaannya.Di dlm pjbt EM,DT bgitu kgum dgn plihan prabot & kmudhan komunikasi mden.Nmun, yg lbh mngagumkan DT ialah bkat EM dlm phubngan dgn plbgai org yg dprlukannya.Stersnya DT mlihat gmbr arwah Orang Kaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman,ayh kpd EM.ktokohan gmbr tsbt mnyebabkan  rsa ingn thu DT tntng sejrah EM.Nmun,hsrat DT btangguh apbila  EM ingn mbincngkan dhlu soal pniagaan.Brita tntng kjyaan EM mdp tender mbkalkan lada hitam ke Jerman slma 7thn mngagumkan lg DT pd EM sbgai seorg audgar melayu yg beribawa.Stlah DT pergi,EM memnggil setiausahanya,Mahani utk mngmbil pesanan.EM sbnrnya bangga dgn Mahani yg sopan,cekap,sederhana &jelita.Wlau bgaimnapn EM sedr bhwa Mahani ialah ank shbtnya,oleh itu dia mhu setiausahanya itu memanglnya pakcik utk mngelakkan sbrang perasaan tdk baik pd dirinya.

BAB 2 
Melalui sbuah  lporan yg dbcanya,DT mngetahui bhwa Orang Kaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman bin Bendahara Muda,adalah org besr wlyah yg ptama bkongsi bniaga dgn org2 Cina dlm prusahaan mlombong bijih timah.Menurut lporan tsbt,keluarga EM mewrisi gelran Orang Kaya Indera yg suatu ms dhulu sgt bkuasa di daerah Tualang.Orang Kaya Indera Datuk Muhammad Saman iaiu dtk kpd EM mrupakan saudgr bijih timah yg kaya-raya.Tetapi stlah beliau mninggal dunia,perusahaan perlombongan itu tpksa dhentikan  apabila tdpt campur tngan kongsi2 gelap.Kemudian phak kerajaan tlh mbuka kmbali kwsan plombongan tsbt dgn mbnrkan sebuah syarikat dr Australia mengusahanya.Slps perang,lombong tsbt dkndalikan smula oleh Datuk Idris iaitu ayh kpd EM scra bkongsi dgn org cina ttp akhirnya pniagaan itu tpksa ditutup jua.Usaha mlombong itu tdk dterukan krn ank sulung keluarga itu iaitu Phulu Mahmud tdk mpunyai inisiatif mngusahakannya.DT juga bcadang mdpt pkenan Sultan & strusnya mlantik EM mngmbil alih glaran Orang Kaya Indera di daerah Tualang yg tlh dwarisi keluarga itu sejk sekian lama.DT memikrkan keuntungan yg bakal dperolehnya skiranya EM dianugerahi glran Orang Kaya Indera & mjdi penguasa di daerah Tualang.Walau bgaimanapn,Dtin Tan sbliknya msih meraguinya khebtan org2 mlayu dlm pniagaan.Nmun DT menegskn bhwa kehdran org mlayu dlm dunia pniagaan sdh lma ttp tlh dptskn dpd tradisinya olh Inggeris yg ingn mjajah TM & bkonsi dgn org2 cina utk mengaut keuntungn dpd hasil bumi negeri ini.Oleh itu,DT kmbli mjalinkn pkongsian pniagaan dgn org2 melayu spt EM agr kedudukn mreka trs tjalin.Dtin Tan yg bgn lwt pd esk hrinya merasa kesunyian krn kedua-dua org anknya tdk ada dsmpingnya.Ank bngsunya,Lily sedng bljr di UM dlm thun ptama & tinggl di arma.Mnalaka ank sulungnya Robert 23thn,sedng mlnjutkn peljrnnya di London dlm bdang Kejuruteraan Lombong.

BAB 3
Ali tkang kbn di rmh EM mnyerahkan spcuk srt kpd Cik Puan Tipah iaitu isteri EM yg dkaguminya.Cik Puan Timah yg menerima srt tsbt thu bhawa srt dr kmpung suaminya itu tntu shj mbwa brita mengenai hal ehwal keluarga di kg.Kehdran srt itu mnyebbkan Cik Puan Tipah tkenang kmbli pmulaan khidpan dgn EM shingga dia mjdi tumpuan dlm keluarga suaminya yg bsr kini.Srt tsbt yg dtls oleh ank buah suaminya  ,Jahid iaitu ank Phulu Mahmud,mberithu hal tntng kenyataan pgawai ptanian daerh bkenaan bsesuaian  tnh mereka utk tnaman orkid.Jahid juga mnyaakn perihal ayhnya Phulu Mahmud yg smkin tmkkan wang & mnyangka ayhnya bniat mjual tnh pusaka mereka.Selesai mbca srt tsbt Cik Puan Tipah tringat pkmbangan srt2 ank sulungnya,Rahim yg sdng mnuntut di luar ngara yg kerap mnulis tntng kmerosotan moral mnusia kini.Keplngan ank bongsunya,Ana(Rohana), 16 thn mnyebbkan Cik Puan Tipah mlupakan soal srt dpd Jahid itu.Di sblh ptg.Mahani stiausaha EM dtg mlawat keluarga Cik Puan Tipah.Kehran Mahani sgt dsenangi oleh Cik Puan Tipah yg tpikat dgn kesopanan & bui bhsanya.

BAB 4
Bab ini mcertakan ltr blakang dri & keluarga  Mahani iaitu ank kpd Tan Sri Syed Aris.Mahani sbnrnya ank kpd Tan Sri Syed Aris dgn isteri ptamanya Sharifah Naimah yg meninggal dunia ketika melahirkan Mahani.Stahun slps itu,ats nshat ayhnya(walid),Syed Aris tlh mengahwini adk kp Sharifah Naimah iaiu Sharifah  Mu’inah walaupn pd awlnya mereka x dpt mnerimanya ttp krn patuh pd perinth walid mereka bsetuju akhirnya.Kini,Mahani sdh berusia 21 thn & spt thn2 yg lalu mereka merayakan hari jadinya.Nmun stiap kalinya menymbt hri jdi Mahani,Puan Sri  Sharifah Mu’inah  & Tan Sri Syed Aris akn tkenang kmbli pkahwinan mereka.Syarifah Mu’inah juga memikrkan soal jdoh Mahani.Dia merasakan pergaulan rpt Mahani dgn Jahid adalah 1 keserasian di smping pnerimaan keluarga Jahid pd ank gadisnya itu.Persoalan pkahwinan ini mnimbulkan pula psoalan tntng kufu.Pd mlm itu,Mahani juga memikirkan tntng pkembangan drinya terutama psahabatannya dgn Rahim,Robert serta kini,Jahid.
BAB 5
Pekan Tualang tlh bsiap sedia mnyambut kdatangan Sultan yg akn mlawat kg itu smpena hari kputeraan  bgnda.Perayaan smbtan itu akn diadakan selama 2 hari.Penghulu Mahmud yg sblmnya ingn  mjual bhgian tnh pusaka keluarganya gn kerjasama Tauke Chan & Yang Berhormat Muhd Yusuf,tlh b’belah bg memandngkan wjudnya pnentangan pd ank2nya sndr iaitu Jahid & Jamilah.Phulu Mahmud kini berasa kgum dgn pmikiran anknya,Jahid yg snggp mptahankan tnh pusaka tsbt walaupn anknya itu sbnrnya tdk bsekolh  tinggi.Hal ini juga mjd 1 kekesalan bg Phulu Mahmud  krn tk mbrikan pdidikan yg lbh baik kpd Jahid & Jamilah.Phulu Mahmud juga berasa kesal thdp Yang Berhormat Muhd Yusuf yg seolah-olah mcuba mpengaruhinya utk mjual harta org mlayu demi mdptkan keuntungan peribai.Nmun ia lbh mnyesali skapnya yg mdh dpengaruhi oleh wang & kekayaan.Hal ini juga mnyebbkan Phulu Mahmud mlupakan niatnya utk memohn gelran Orang Kaya Indera dpd Sultan.EM dtg ke rmh abgnya utk mngatakan hasrat isterinya mbuka laang orkid.Phulu Mahmud brasa tkilan krn kwsan itulah yg tlh dibncangkan bsama Tauke Chan & Yang bhormat Muhd yusuf utk mbangunkan kwsan rmh murah.EM btemu dgn seorg kwn lama yg mceritakan kpdnya tntang masyarkat kg yg mih lagi hidp lm kemiskinan.Kg tsbt jauh ketinggalan dpd pbangunan & kemudhan asas.Pduduknya pula tdk mampu berusaha kearah itu krn hnya bgantung pd pkerjaan tradisi.

BAB 6
Sudin,seorg  broker & wkil kpd Yang Berhormat Muhd Yusuf bsma pmandunya,Sarip meninjau-ninjau kwsan tnh milik keluarga Phulu Mahmud.Di smping itu,Sudin ingin bjumpa dgn Ali yg sdang mengetahui pbersihan tnh utk mbuka ldang orkid yg akn diusahakan oleh Cik Puan Tipah.sblm plang ke rest house sudin & sarip bhenti rehat di Jeram Medang.sudin mdpt tahu bhwa tnh mlik keluarga Phulu Mahmud tlalu luas sehingga dpt menampung kewujudan pkampungan kcl.pnduduk kg yg tdk mpunyai tnh tpksa ddk menumpng di tnh tsbt & tdk kurang juga bkerja dgn Phulu Mahmud.sudin sbnrnya mpunyai tgs pnting iaitu mbantu Yang Berhormat Muhd Yusuf mjlnkn suatu projek pbangunan utk mdirikan rumah murah bg pnduduk kg,khasnya mereka yg duduk menumpang di ats tnh keluarga Phulu Mahmud.projek tsbt adalh ats usaha sama dgn Tauke Chan sbgai pemodal utama dgn mlibtkan tnh di Jeram Medang milik keluarga Phulu Mahmud.

Bab 7
Pertemuan  Sudin dan Sarip dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf adalah untuk melaporkan maklumat yang diperoleh  mereka sewaktu ke Jeram Medang tempoh hari. Yang Berhormat Muhd. Yusof tidak berpuas hati dengan kenyataan mereka bahawa tanah di Jeram Medang itu akan digunakan untuk tanaman orkid yang akan diusahakan oleh Cik Puan Tipah kerana berita itu telah pun diketahui olehnya. Sudin mengetahui motif Yang Berhormat Muhd. Yusuf yang sebenarnya. Projek perumahan rumah murah yang ingin diusahakan untuk penduduk kampung itu sebenarnya adalah untuk kekuatan politiknya di wilayah Tualang. Manakala Tauke Chan ingin menambahkan kekayaan. Disamping itu, bagi tujuan dirinya sendiri pula, Sudin berhasrat untuk mendapat pertolongan daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk melunaskan hutang-hutangnya yang banyak. Kini tugas Sudin hanya mencari jalan bagaimana untuk menghadapi keluarga Penghulu Mahmud kerana projek perumahan itu melibatkan tanah pusaka keluarga tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf mengharapkan kelancaran dan kejayaan projek perumahan itu kerana hal ini akan menentukan kelangsungan politiknya dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya akan menjaminnya terus berkuasa di Tualang. Namun, Yang Berhormat Muhd. Yusuf berasa gusar kerana ada tanda-tanda usaha tanaman orkid itu akan menjadi penghalang kepada projek perumahan tersebut. Selanjutnya, Sudin mencadangkan kepada Yang Berhormat Muhd. Yusuf agar menggunakan taktik menghasut orang kampung yang menduduki tanah Penghulu Mahmud untuk menuntut hak milik mereka. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Muhd. Yusuf kurang bersetuju.
Bab 8
Mesyuarat Pengarah Firma Dagang International yang turut dihadiri oleh Tan Sri Syed Aris sebagai Pengarah Eksekutif telah membincangkan projek pembukaan ladang lada hitam di Johor. Dalam mesyuarat itu, EM mengingatkan Tan Sri Syed Aris supaya tidak menyamakan falsafah perdagangan dengan falsafah politik dan perkauman. Seterusnya, pertemuan EM dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah menyelesaikan dilema dan perasaan buruk sangka selama ini. Kedua-dua mereka mempunyai niat yang berbeza dalam hal pembangunan tanah di daerah Tualang tetapi mempunyai persamaan untuk membangunkan kawasan tersebut disamping memajukan penduduk di daerah tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf menerangkan kepada EM keinginannya memajukan penduduk wilayah Tualang. Secara kebetulan Tauke Chan ingin memberi kerjasama mendirikan rumah-rumah murah tersebut dengan syarat dibenarkan pula membina rumah teres dua tingkat untuk orang-orang Cina yang duduk menyewa di Pekan Tualang. Penghulu Mahmud pula  bersetuju untuk menjual sebahagian daripada tanah pusaka keluarganya di Jeram Medang untuk tujuan itu. Pada awalnya, Yang Berhormat Muhd. Yusuf menyangka bahawa EM cuba menjadi penghalang kepada rancangannya kerana projek tersebut hendak dilaksanakan diatas tanah yang sekarang ini sedang diusahakan ladang orkid milik isteri EM. Dalam pertemuan itu, EM pula ingin mencari kepastian tentang sangkaan Penghulu Mahmud, iaitu abangnya tentang niat jahat Yang Berhormat Muhd. Yusuf membangunkan wilayah Tualang. Pada hakikatnya, Yang Berhormat Muhd. Yusuf mengambil kesempatan atas kesediaan Tauke Chan membiayai projek perumahan tersebut. Persefahaman yang wujud antara Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan EM telah membuka lembaran baru bagi kedua-dua untuk membangunkan perniagaan dan era politik masing-masing.
Bab 9
Kehadiran Mahani ke bilik pejabat EM disedarinya melalui minyak wangi Mahani tetapi dia berpura-pura tidak menyedari akan kehadiran setiausahanya itu. EM sebenarnya ingin tahu daripada Mahani tentang surat berbentuk peribadi daripada Rahim, anaknya yang dialamatkan kepada pengarah urusan. EM cuba menduga Mahani berkenaan surat tersebut tetapi Mahani berpura-pura tidak mengetahui akan kandungan surat itu walaupun sebenarnya dia telah membacanya. Walau bagaimanapun, EM meminta Mahani membaca surat itu dan memberikan pendapatnya tentang kandungan surat tersebut pada keesokkan hari. Sementara itu, EM pula memikirkan tentang keganjilan surat-surat daripada anaknya, Rahim, sejak kebelakangan ini yang sering menyindir orang kaya dan meruntuhkan moral manusia kini. Walau bagaimanapun, sebagai ayah, dia menyarankan Rahim menumpunkan perhatian kepada pelajaran dulu.
Bab 10
Mahani berada dalam keadaan bingung, resah, dan serba salah. Pelbagai persoalan muncul di mindanya. Kenapakah dia dulu teringin sekali menjadi setiausaha? Adakah tubuhnya masa cantik setelah berusia 30 tahun? Apakah sudah tiba saatnya dia mempunyai kekasih? Bagaimanakah perasaannya terhadap Rahim, Robert, Jahid, dan EM? Sebelum itu, niat Mahani untuk menjadi setiausaha ditentang oleh ayahnya, Tan Sri Syed Aris. Setelah tamat kursus, Mahani terpaksa menganggur selama enam bulan sebelum menjadi setiausaha kepada EM setelah Mary setiausaha EM yang amat terkenal, cekap, dan cantik, berhenti kerja. Mahani amat gembira dan melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik. Secara diam-diam, Mahani mula tertarik dengan ketokohan majikanny. EM seakan menyedari keadaan tersebut lalu mewujudkan suasana kekeluargaan dengan meminta Mahani memanggilnya ‘pak cik’. Walaupun hatinya hampa, tetapi diaakhirnya mengerti tujuan EM itu. Sepanjang malam itu, Mahani sukar untuk tidur. Surat Rahim dari London yang ditujukan kepada ayahnya iaitu EM yang juga menyentuh tentang dirinya turut mengganggu fikirannya. Mahani juga memikirkan tentang hubungan dan perasaannya pada Rahim juga kehadiran Jahid kini, sehingga dia tertidur dan bermimpikan tentang Rahim, Robert serta Jahid. Pagi itu, Mahani menunggu walidnya untuk mendapatkan pandangan tentang surat Rahim tersebut. Namun, walidnya telah pergi dulu bertemu dengan EM. Keganjilan surat Rahim itu juga menjadi tanda tanya kepada Syarifah Mu’inah. Syarifah Mu’inah ingin mengetahui pendapat anaknya Mahani tentang EM dan bentuk hubungan dengan majikannya itu. Mahani memberi tahu bahawa sikap EM padanya sebagai seorang ayah. Seterusnya Syarifah Mu’inah menasihati anaknya agar tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada EM. Nasihat ini menyebabkan Mahani memikirkan kembali perasaannya yang sebenarnya dan kedudukan dirinya. Seterusnya dia tidak dapat memberikan pendapat apabila menerima panggilan telefon daripada walidnya yang kini sedang menunggunya di pejabat bersama EM.
Bab 11
Sudin pulang ke kampungnya setelah 15 tahun membawa diri kerana kecewa dengan kekasihnya, Gayah yang berkahwin dengan lelaki lain. Ibu bapanya tidak berani melamar Gayah disebabkan keluarganya dikatakan telah menderhaka kepada keluarga kekasihnya dahulu. Sudin singgah di kedai Pak Salim, sahabat ayahnya sejak kecil dan cuba mencari maklumat mengapa ayahnya terlalu marah terhadapnya. Sudin bertanya-tanya apakah kesalahannya, hinggakan anak-anak muda di kampungnya juga seakan-akan menjauhkan diri daripadanya. Sudin amat kecewa dengan keadaan tersebut dan berhasrat untuk berhijrah semula ke Kuala Lumpur. Pak Salim menasihatinya agar tinggal di kampung memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah tua dan berharap dia dapat mengembalikan kesejahteraan kampung. Sudin sedar dia sudah banyak melukakan hati ibu bapanya. Ayahnya, Imam Saad seorang yang dihormati di Kampung Pulai. Sudin tidak warak seperti ayahnya. Dia berkahwin dan bercerai tanpa memberitahu ibu bapanya. Dia pernah melakukan perkara-perkara yang salah di sisi agama selama dia menghuni kota Kuala Lumpur, menjadi pemabuk, menjadi broker yang menjualkan banyak tanah orang kampung bahkan pernah menjual politik untuk mendapat kepercayaan daripada orang-orang politik sepert Yang Berhormat Muhd. Yusuf. Namun, akhirnya dia sedar tentang kesilapan diri. Justeru, timbul kekuatan dalam dirinya untuk berhadapan dengan ayahnya. Dia percaya ibu bapanya masih sayang kepadanya. Dia harus membuktikan bahawa dia bukan jahat. Dia bertekad untuk membangunkan kampung mereka.
Bab 12
Kepulangan Sudin pada mulanya disambut dingin oleh ibunya, Mak Minah kerana ketika itu ibunya sedang memasak untuk makan tengahari. Sementara menunggu makanan tengahari, Sudin dan ibunya bersama-sama memakan roti canai yang telah dibeli oleh Sudin. Sudin difahamkan bahawa ayahnya, Imam Saad akan balik selepas Zohor. Sambil makan, Sudin bertanya kepada ibunya tentang Gayah. Ibunya seakan-akan tidak percaya dengan pertanyaan Sudin kerana menyangka Sudin lebih tahu ke mana Gayah pergi. Sudin amat terkejut apabila mengetahui bahawa kononnya dialah yang menjadi menyebab Gayah lari dari kampung. Kini, dia sudah mendapat jawapan mengapa ayahnya begitu marah terhadapnya. Imam Saad bergegas balik setelah diminta oleh Mak Minah. Pada mulanya, timbul ketegangan apabila Imam Saad bertanya tentang khabar angin yang didengarnya bahawa anaknya, Sudin yang menyuruh Gayah lari dari rumah dan berjanji akan mencari kerja di Kuala Lumpur nanti, tetapi Sudin menyangkalnya dan tidak menafikan bahawa dia memang mempunyai hati terhadap Gayah sejak dahulu lagi. Sudi juga mempersoalkan mengapakah ibu dan ayahnya begitu yakin tidak diterima oleh keluarga Gayah sedangkan mereka berlumpun mencuba untuk merisik. Akhirnya, Imam Saad menceritakan bahawa bukan mereka tidak mahu meminang Gayah, tetapi keturunan mereka iaitu daripada moyangnya Lebai Maali, seorang ahli agama dan dihormati dikatakan telah menderhaka kepada Orangkaya Datuk Indera Mat Saman, keturunan kekasihnya apabila tidak membenarkan orang kampung menuntut bela orangkaya tersebut. Walau bagaimanapun, Imam Saad tidak melarang sekiranya Sudin berkahwin dengan Gayah setelah mereka sama-sama menjanda dan menduda hampir sepuluh tahun, tetapi perkahwinan tersebut biarlah dengan kerelaan keluarga Penghulu Mahmud serta dapat menghapuskan permusuhan dan dendam terhadap keluarga mereka. Baginya perkahwinan mestilah menghubungkan silaturrahim, bukan merenggangkan.

 BAB 13

  Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan Jahid telah melawat Sudin di hospital kerana terlibat dalam satu kemalangan pukul curi.Sudin mengetahui bahawa kemalangan yang dialaminya adalah angkara Mat Akil dan kawan-kawannya yang menjadi samseng di Kampung Pulai.Mereka berguru dengan Pendekar Omar iaitu seorang guru silat dari kedah yang telah membuka gelanggang persilatan di Kuala.Pendekar Omar selalu mencabar orang-orang yang dijumpainya terutamanya orang2 yang bergiat dalam Persatuan Pemuda.
  Sudin juga mengesyaki bahawa Mat Akil lah yang telah memfitnahnya,kononnya dia telah melarikan Gayah kerana dia tahu Mat Akil juga menaruh hati pada Gayah .Ini terbukti pabila setiap kali Gayah berada di Pekan Tualang atau Pekan Kuala,Mat Akil dan kawan-kawannyajuga ada di situ.Namun Begitu ,Sudin tidak mahu melaporkan kejadian kemalangan tersebut kepada polis kerana dia tidak mempunyai bukti yang kukuh.
  Sudin juga hairan,apabila YB MY bersama Jahid yang datang melawatnya bukan bersama Tauke Chan .Tauke Chan telah bersetuju dan memberinya wang kempen untuk dia memulakan rancangannya menghasut penduduk yang menumpang di tanah Tuk Penghulu Mahmud supaya memberontak meminta hak milik .Dia juga hampir berjaya memujuk TPM supaya menjualkan tanahnya di Jeram Medang kepada Tauke Chan.Namun, kehadiran Jahid bersama YB MY menimbul perasaan was-was pada Sudin tentang rancangan mereka dahulu bersama TC.
  Walau bgaimanapun,Sudin sedar mungkin YB MY telah dipujuk oleh Encik Muhammad  melalui Jahid.Sudin mengandaikannya kerana dia tahu sikap YB MY yang bijak mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri dan politiknya sahaja.

BAB  14
  En.Muhammad Bin Idris melakukan sembahyang sunat syukur dan sunat tahajjud memohon petunjuk dan hidayat ,taufik dan bimbingan untuk kejayaan usahanya mengendalikan Syarikat Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan.Dia juga cuba membuang prasangka buruk terhadap En.Tan yang tiba-tiba ingin menjadi Pengarah Urusan Perusahaan Lombong tersebut.
  Berdasarkan pelan  perusahaan Lmbong yang akan di usahakannya itu ,melibatkan satu kawasan yang luas,iaitu sepanjang Sungai Tualang.Kebanyakannya hutan kecil tetapi termasuk juga Kampung Pulai yang mengandungi kira-kira 150 buah rumah,sedikit sawah,dan kebun getah.Akan tetapi,dia mengalami dilema,tersepit antara rasa kemanusiaan dan prinsip untuk menjayakan rancangannya.Bagi memastikan kejayaan perusahaan lombong tersebut ,dia terpaksa mencari jalan supaya dapat membeli beberapa kawasan tanah penduduk kampung dan bagaimana memujuk penduduk kampung agar berpindah ke rancangan FELDA yang di usahakan oleh YB MY.
  Akhirnya,dia mendapat satu jalan iaitu dengan mengambil hati penduduk Kampung Pulai .Pengisytiharaan pelantikan abangnya,Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Orang Kaya Indera oleh Duli Yang Maha Mulia yang akan di jalankan di Kampung Pulai,akan menjadi satu penghormatan dan kemegahan kepada penduduk kampung dan seterusnya dapat dipujuk untuk berpindah.

 BAB 15
  Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah.Dia akan meminta bantuan kawannya,Kasim yang sedang bekerja di Kuala Lumpur.Kasim adalah anak saudara En.Muhammad .Dia teringat peristiwa dia bersama Kasim sewaktu bekerja sebagai penjaga kereta di Kuala Lumpur dahulu,tetapi dia tertangkap dan dipenjarakan selama 3 hari.Selepas itu,dia  kembali semula ke kampung.
  Mat Akil berasa puas kerana berjaya menyekat langkah Sudin yang menjadi saingannya untuk                                                                                 mendapatkan Gayah.Sudin yang dicederakannya masih menerima rawatan di hospital.Dia amat yakin Sudin tidak akan diterima oleh keluarga Gayah lagi kerana seluruh penduduk kampung percaya Sudin bukanlah orang baik.
  MA teringat sahabatnya, Minah yang diperkenalkannya kepada Mr. Wong .Oleh itu, dia bercadang untuk menemui minah dan Mr. Wong untuk mengharapkan sedikit hiburan.Dia kemudian bertemu dengan Ali ,seorang atendan pemungut sewa letak kereta, dan Ali memberi tahu bahawa Kasim sudah berhenti berkerja. Ali kemudian membawa dia kerumahnya untuk bertemu dengan Atan yang tahu di mana Kasim bekerja sekarang.Melalui Atan  dia mengetahui bahawa Kasim kini bekerja drebar kereta kepada seorang  orang besar Melayu.
  Esoknya, sebelum sempat MA bertemu dengan Kasim untuk menabur fitnah  tentang Sudin,dia terlihat Sudin bersama Jahid turun dari kereta yang dipandu oleh Kasim.Namun,dia meneruskan hasrat untuk bertemu kawan lamanya itu .Daripada Kasim , dia mendapat tahu bahawa kawannya itu sudah dua bulan bekerja dengan pak sunyu iaitu Encik Muhammad setelah drebar lamanya ,Ali dilantik menguruskan kebun orkit Mak Sunyu di Jeram Medang.

BAB 16 
  Dalam kepala Mat Akil masih terbayang kembali kejadian di KL dua bulan yang lalu .Dia terkejut dan amat kecewa apabila mengetahui Sudin sudah bekerja dengan En.Muhammad .MA tidak dapat menerima hakikat bahawa Sudin berjaya juga berkhawin dengan Gayah yang dikatakan lari dari rumah tetapi sebenarnya pergi ke rumah En.Muhammad, Pak Sunyu di KL.Justeru, MA cuba menggagalkan perkhawinan Sudin dengan mengupah seorang (budak) untuk membocorkan tayar bas yang akan dinaiki oleh rombongan sudin ke Kuala Lumpur.tetapi budak tersebut hanya melepaskan angin tayar sahaja.
  Kegagalan rancangan itu menyebabkan seorang daripada kawannya mencadangkan agar mereka membuat huru-hara di Kampung Pulai,iaitu dengan membakar kedai Pak Salim.Mat Akil tidak bersetuju kerana Pak Salim bukan musuh mereka.
  Kemarahan Mat Akil terhadap Sudin bertambah apabila Pak Alangnya sendiri memuji-muji tentang kebaikan Sudin.Oleh itu,dia merasakan punca kecelakaanya sejak kecil sampai dewasa disebabkan oleh Sudin yang telah menjadi saingannya sejak kecil.
  Petang itu,ketika kawan-kawannya sedang tidur,MA balik kerumah mencuri duit tabung Mak Alangnya dan menceroboh rumah Imam Saad.Lantas dia membuang najis di atas cadar tilam pengantin di bilik pengantin.

BAB  17
   Rumah Besar kepunyaan En.Muhammad meriah dan penuh gemerlapan. Semua keluarga En.Muhammad jauh dan dekat berkumpul untuk memeriahkan upacara pernikahan Sudin dan Gayah.YB MY lah yang telah mencadangkan agar Gayah dikahwinkan dengan Sudin.En.M menerima cadangan tersebut kerana melalui perkahwinan tersebut memudahkan lagi strateginya untuk memenangi hati orang kampung terutamanya mereka yang berpengaruhi di Kampung Pulai.Dia juga berharap kesan-kesan persengketaan keluarganya dengan keluarga Imam Saad akan terpadam.Strategi ini sebenarnya telah di atur sejak awal lagi apabila YB MY dan Jahid datang melawat Sudin ketika di Hospital untuk memperlihatkan tanda-tanda awal penerimaan keluarga Penghulu Mahmud terhadap keluarga Imam Saad.
   Dalam majlis tersebut,En.M sengaja memperlihatkan keramahan dan kemesraan yang berlebih- lebihan terutama terhadap Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan walaupun dia sedar bahawa dia seperti sedang berlakon. Walau bagaimanapun,dia tidak berniat jahat apabila ingin memiliki tanah orang Kg.Pulai untuk dilombongkan kerana mereka akan diberi pampasan yang setimpal serta bantuan.

BAB  18
  Sudin menerima jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Perhubungan Raya dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang.Tugasnya bermula dengan menjadi pengerusi untuk menguruskan dan menyelenggarakan perayaan menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke Kampung Pulai untuk mengisytiharkan perlantikan Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Orang kaya Indera.Sebenarnya pengurusan dan penyelenggaraan perayaan sambutan itu di laksanakan di bawah arahan pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang.Oleh itu,Pegawai Dearah telah bersetuju supaya Jawatankuasa Kemajuan Kampung melantik beberapa orang daripada Penghulu Mahmud terlibat dalam Jawatankuasa Perayaan tersebut.
  Sudin di lantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perayaan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang di pengerusikan oleh Tuk Empat Dhlan.Jahid menjadi Setiausaha, Pak Salim pula bertindak sebagai Bendahari yang juga Bendahari Jawatankuasa Kemajuan Kampung,Tuk Empat Dahlan dan Imam Saad sebagai penasihat,semantara Tuan Pegawai Dearah sendiri sebagai penaum.Jamalu ddin pula di lantik sebagai salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa.Nama Mat Akil dan kawan-kawannya juga telah di masukkan kedalam senarai Ahli Jawatankuasa Kecil perayaan atas nasihat Encik Mohammad dan ayahnya dengan tujuan ingin memikat hati dan tidak terus menyisihkan mereka selain Sudin sendiri bertujuan untuk menjatuhkan Mat Akil.Penghinaan MA terhadap keluarganya dengan menajisi cadar pengantin tidak dapat dimaafkan .Di samping itu ,Sudin juga sedar bahawa Mat Akil juga mempunyai hak tanahnya di Kampung Pulai dan juga anak saudaranya kepada anak Tuk Empat Dahlanyang berpengaruh.Oleh itu,hati MA perlu di tawan untuk tidak menimbulkan punca persengketaan dan seterusnya menyukarkan rancangan Pak Sunya,iaitu EN.M.
  Untuk memudahkan kerjanya,Sudin membuka pejabatnya dengan menyewa sebuah bilik di sebuah rumah kedai di Pekan Tualang sebagai wakil YB MY.Sudin juga sedar setelah berumah tangga ,dia harus mula merancang tentang masa depannya.Untuk itu,dia mesti Berjaya memenangi hati penduduk Kampung Pulai dan memastikan kejayaan Syarikat Lombong Lembah Tualang.          

BAB  19
  Mahani kembali berutus surat dengan Rahim sejak peristiwa “surat bersejarah” itu.Rahim juga mengutus surat kembali kepada Mahani tetapi lebih menyentuh rancangan ayahnya yang ingin melombong kg .Pulai .Justeru,Rahim dalam surat-suratnya membantah rancangan ayahnya yang hendak membeli tanah di Kampung Pulai          dan menghalau orang kampung.Dia beranggapan bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang  oleh ayahnya itu satu penganiayaan kepada penduduk Kampung Pulai.
  Surat Rahim juga meninggalkan persoalan kepada Mahani.Justeru untuk mengetahui perkara sebenarnya sebelum Rahim pulang dan berkonfrontasi dengan ayah ,dia bercadang untuk mengetahui perkara sebenarnya daripada Jahid sendiri tentang keadaan sebenarnya Projek Syarikat Lombomng Lembah Tualang itu.

BAB  20
  Sudin yang tiba di kedai Pak Salim dengan segulung risalah telah dapat meredakan Mat Akil dan kawan-kawannya serta Kemat Jerangkung daripada pergaduhan yang berpunca daripada khabar-khabar angina tentang perpindahan mereka ke rancangan FELDA.Sudin menyuruh Mat Akil dan kawan-kawannya mengedarkan setiap risalah kepada semua penduduk kampung yang meminta seluruh orang kampung hadir sebelum sembahyang jumaat untuk mendengar penerangan tentang perpindahan mereka ke rancangan FELDA.
  Walau bagaimanapun,penduduk kampung belum mengetahui bahawa kampung mereka akan di lombongkan kerana mereka hanya di beritahu tentang perpindahan mereka ke tanah rancangan FELDA dengan tujuan untuk mengubah taraf hidu mereka yang rata-ratanya hidup dalam keadaan miskin.Namun begitu,Sudin yang diberi tanggungjawab untuk memujuk hati penduduk kampung sedar bahawa dia harus memastikan seluruh penduduk kampung bersetuju untuk berpindah .Selepas semuanya bersetuju , barulah Syarikat Perlombongan Lembah Tualang diberitahu sebagai syarikat yang akan membantu membeli tanah mereka dan memberikan sagu hati kepada mereka yang tidak mempunyai tanah.

BAB  21
  Suasana meriah dan riuh rendah di Surau Kampung Pulai yang akan menyambut kedatangan YB MY untuk menerangkan tentang rancangan perpindahan mereka ke rancangan FELDA. Akan tetapi , kehadiran EN.Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mengejutkan Sudin kerana  kehadiran merek tidak diberitahukan kepadanya .
  YB MY memberi ucapan yang hanya menyentuh kebijaksanaan dan kemurahan hati En,Muhammad.En.Muhammad pula memberikan ucapan yang juga memuji usaha YB MY menaikkan taraf hidup penduduk Kampung Pulai.Seterusnya,keluarganya bersetuju memberikan sagu hati kepada mereka yang mengerjakan tanah keluarganya serta dia sedang berusaha dengan sebuah syarikat untuk membeli tanah penduduk kampung dan memberikan sagu hati kepada mereka yang tidak mempunyai tanah.   
  Ucapan Pak Sunya  itu melegakan Sudin yang pada mulanya agak kecewa dengan ucapan YB kerana tidak menerangkan kedudukan tanah-tanah dan mereka yang akan berpindah ke rancangan  menguruskan hal berkaitan dengan tanah-tanah orang kampung pulai.
  Encik Muhammad kemudiannya berjumpa dengan sudin,meminta menantu saudaranya itu memujuk ayahnya,Imam Saad menerima pelawaan menjadi imam di pekan tualang dan menggalakkan Tuk Empat dahlan memohon jawatan penghulu di Pekan Tualang.

BAB  22
  Encik Muhammad dalam pejalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kampung Pulai hairan degan Datuk Tan yang tidak setuju dengan cadangannya untuk berkerjasama dengan sebuah syarikat Inggeris dalam syarikat Lombong Lembah Tualang .
  En.Muhammad juga terus mengatur strategi untuk memudahkan rancangannya memindahkan orang-orang  kampung  dengan  cara yang halus agar tidak wujud sebarang punca penentangan yang mungkin akan maeyukarkan  atau  menggagalkan  rancangannya. Oleh itu , dia cuba mamberikan tumpuan kepada mereka yang berpengaruh  seperti Tuk Empat Dahlan ,Imam Saad ,dan Pak Salim agar tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati daripada mereka. Oleh itu , tugas untuk memujuk mereka telah diberikan kepada Sudin .          
  Di rumah ,En.Muhammad menerima sepucuk  surat  daripada  anaknya,Rahim .
BAB 23
  Sani,sahabat Sudin meminta bantuannya untuk meyakinkan  pihak  finance agar dia dapat membuat pinjaman untuk membeli kereta dan dicagarkan kepada seorang saudagar untuk menampung  hutang yang lain.Akan tetapi,rancangan itu tidak di setujui oleh Sudin kerana memgikut pelagamannya sebagai broker,pekerjaan Sani itu tidak akan melepas kan dirinya terus daripada bebanan hutang.Oleh itu ,Sudin memcadangkan agar sahabatnya itu berhenti daripada mengadi broker dan dia akan membantunya.
  Sudin  kemudian berjumpa dengan Pak Sunya untuk membincangkan perkara Sani yang merupakan anak Imam Pekan Kuala yang memang ada dalam muslihat mereka untuk  dibersarakan agar tempat kosong itu dapat diganti oleh Imam Pekan Tualang dan seterusnya Imam Saad dapat mengisi kekosongan Imam Pekan Tualang .
  Muslihat Sudin ialah menawarkan Sani satu perjanjian hutang cagaran gerai tanah ayahnya di Pekan Kuala dan mencari pekerjaan tetap untuknya.Tetapi Pak Sunyu pula mencadangkan agar perjanjian itu diubah hanya dengan membuat perjanjian berhutang dengan jaminan YB MY agar muslihat mereka tidak terbongkar.

BAB 24
  Sementara itu, Jahid dan Mahani berbincang tenteng Rahim yang akan pulang dari England dan ditawarkan  bekerja  di  Syarikat  Lombong  Lembah  Tualang . Namun sebaliknya, setahu Mahani ,Rahim membantah rancangan ayahnya membeli  tanah Kampung Pulai untuk tujuan perlombongan . Dia beranggapan kerja ayahnya itu adalah satu penganiayaan terhadap orang Kampung Pulai,tetapi perkara ini tidak diceritakan kepada Jahid.
  Sebaliknya ,perbualan dengan Jahid itu digunakan oleh Mahani untuk mencungkil rahsia penerimaan penduduk  Kampung Pulai tentang rancangan melombong tanah kampung mereka yang mungkin dapat diberitahu kepada Rahim nanti .Walaubagaimanapun ,Mahani masih keliru untuk meletakkan kedudukannya untuk menyokong tindakan Rahim atau En.Muhammad.
BAB  25
  Mahani telah di beritahu bahawa rombongan daripada keluarga Datuk Indera Mahmud berhasrat hendak meminangnya .Berita itu menyebabkan Mahani terkejut dan resah kerana dia tidak pasti sama ada Rahim atau Jahid yang akan meminangnya.Setelah di jelaskan bahawa yang akan meminangnya  ialah Rahim ,Mahani tetap resah apabila tidak pasti pula adakah dia mencintai Rahim dan begitu juga dengan Rahim.
  Lantaran itu ,dia telah meminta Walid dan uminya memberi tempoh 24 jam untuk dia memberikan jawapannya.Suasana itu menyebabkan uminya,Syarifah Mu’inah gelisah tetapi sebaliknya ayahnya yakin bahawa anak perempuan tunggalnya itu dapat membuat keputusan yang matang.

Bab 26
  Suasana rumah Tan Sri Syed Aris terang-benderang bermandikan cahaya kerana waktu selepas isyak nanti akan diadakan kenduri menerima pinangan daripada Encik Muhammad. Pertunangan antara Rahim dan Mahani akan diisytiharkan. Mahani tidak mahu majlis pertunangannya diadakan secara besar-besaran. Begitu juga dengan majlis perkahwinan dan Mahani telah membantah cadangan ibunya yang hendak mengadakan majlis besar-besaran. Mahani bersetuju dengan pinangan tersebut setelah mendapat jawapan telegram daripada Rahim dengan tiga patah perkataan sahaja iaitu " I LOVE YOU ". Empat hari selepas telegram itu, Mahani telah menerima sepucuk surat ekpress daripada Rahim menyatakan perjuangannya menentang Tauke Besar MUHAMMAD Bin datuk Indera Idris iaitu bapanya dan konco-konconya. Mahani terseret sama untuk merealisasikan perjuangan bakal suaminya itu tetapi tidak menjadi penderhaka kepada orang tuanya itu
   Upacara pertunangannya berjalan dengan lancar dan teratur. Encik Muhammad telah memberi cuti selama seminggu kepada Mahani. Pada keesokkannya selepas makan, Mahani ke rumah Datuk Tan. Ada sesuatu yang hendak diketahuinya daripada Datin Tan. Datin Tan merupakan salah seorang pengarah Syarikat Lombong Lembah Tualang dan sudah tentu banyak tahu hal syarikat tersebut. Mungkin ada maklumat yang berguna untuk diselitkan dalam surat yang akan dituliskannya kepada Rahim malam nanti.
 Bab 27

  EncikMuhammad bersyukur kerana usahanya menyatukan Rahim dan Mahani telah berjaya. Dia juga terkejut dengan kandungan surat terakhiryang diterima daripada Rahim yang mempunyai pemikiran yang agak ganjil. Dia sedar bahawa Rahim tidak tahu hakikat hidupdan harus belajar banyak lagitentang teori-teori pembangunan ekonomi. Oleh itu, Encik Muhammad tidak hairan punca Rahim belum menjawab surat rasmi daripada Datuk Tan yang menawarkan kerja sebagai Pegawai Pengurus Dagang Syarikat Lombong Lembah Tualang.

Sudin menghubungi Encik Muhammad dan dia diminta oleh Encik Muhammad menunggunya di sebuah restoran dan membawa Jahid bersama. Pada masa yang sama Yang Berhormat Muhd Yusuf juga in gin berjumpa dengan Encik Muhammad. Encik Muhammad menjangka mereka tentu berhadapan dengan masalah orang Kampung Pulai. Ketika itu, fikirannya terganggu. Kalau memang masalah yang sama tidaklah berat benar untuk diselesaikan tetapi kalau masalah mereka berlainan, tentu panjang ceritanya. Dua masalah memerlukan dua tindakan. Makin banyak tindakan makin rumit dan makin sukar jadinya nanti.

Bab 28

            Perkahwinan Rahim dan Mahani telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak dan akan dilangsungkan pada akhir bulan September. Encik Muhammad berasa lega kerana tempoh tersebut memberi kesempatan kepadanya menyelesaikan perkara yang baru berbangit di Tualang sebelum Rahim pulang.
Sudin dan Jahid melaporkan kejadian menjahanamkan  ladang orkid Cik Puan Tipah di Jeram Medang. Yang Berhormat Muhd Yusuf pula melaporkan kejadian perkelahian hebat di Pekan Kuala. Antara yang terlibat ialah Ali, pengelola ladang orkid Cik Puan Tipah. Kedua-dua kejadian itu berlaku kejadian itu berlaku serentak dan melibatkan Ali.
Kejadian itu dikaitkan dengan beberapa sebab iaitu yang pertama, Pendekar Omar yang berkelahi dengan Ali yang menjadi penyokong kuat bagi sebuah parti manakala Ali pula menjadi orang kuat pemuda parti di Pekan Tualang. Kedua, ada hubungannyadengan kegiatan kempen minta bersarakan imam tua di Pekan Kuala dan menaikkan Imam Saad  menjadi imam di Pekan Tualang.
Encik Muhammad meminta peguam syarikatnya, Shahril supaya membela Ali dalam kedua-dua kes tersebut. Dia meminta peguamnya menyaman pihak yang membinasakan ladang orkid itu.dan mengelakkan perkara itu dikaitkan dengan soal-soal politik. Selain itu, Shahril diminta menjalankan penyiasatan yang menyuruh terhadap kes punca itu. Dia juga telah meminya Yang Berhormat memberikan kerjasama kepada peguamnya


Bab 29

            Mahni memikirkan sikap Rahim yang masih berkeras kepala dengan ayahnya dan dia tahu harapan Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah agar dia dapat melembutkan Rahim. Kesedaran Mahani terhadap nasib penduduk Kampung Pulai semakin terasa apabila dia berkunjung ke kampung itu sabtu lalu. Dia berpendapat penduduk Kampung Pulai memang patut diberi pertolongan untuk memajukankehidupan mereka.

            Encik Muhammad menjalankan temu duga untuk memilih pekerja baru untuk menampung urusannya yang semakin bertambah banyak semenjak menjadi Pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan. Dua orang yang dipilih iaitu Saadiah, bakal menjadi kerani dan Azliah, memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempuyai diploma kesetiusahaan.

            Cik Puan Tipah dan peguamnya diminta datang ke pejabat bertemu Encik Muhammad berbincang berhubung dengan masalah ladang orkid di Jeram Medang. Orang lain tidak dibenarkan menganggu perbincangan mereka. Situasi itu menimbulkan tanda tanda tanya kepada Mahani. Siapakah yang sebenarnya yang mengkhianati kebun orkid Cik Puan Tipah. Pada fikirannya sebab itu bukan datang daripada Encik Muhammad atau Cik Puan Tipah kerana orang Kampung Pekan Tualang semuanya menghormati keluarga Datuk Indera.

            Setelah perbincangan itu selesai dan peguam itu balik. Encik Muhammad mengajak Mahani makan di luar bersama dia dan Cik Puan Tipah.


Bab 30

            ENcik Muhammad, isterinya dan Mahani telah singgah makan di restoran. Encik Muhammad selalu membawa tetamunya makan tengahari di situdan dia juga ada syer 20%dalam restoran itu. Mereka telah memesan steak dan air limau. Semsa makan Encik Muhammad mengambil kesempatan bercakap tenteang Rahim dan berharap Mahani dapat "menjinakkan " sifat pembangkang yang ada dalam jiwa Rahim itu. Encik Muhammad menganggap Rahim dan Mahani anak melayu yang dibesarkan dalam kalangan masyarakat melayu tetapi dia bukan orang melayu yang tulen kemelayuannya. Rahim dan Mahani merupakan anak kota, anak masyarakat cosmopolitan yang tidak mengerti akan masyarakat melayu. Bagi Encik Muhammad, masyarakat melayu sampai ke hari ini masih bukan masyarakat kota, bukan masyarakat industri dan dagang.
            Mahani menceritakan antara perkara yang dibinangkan dengan Rahim dalam surat-surat mereka ialah tentang anak. Rahim juga belum mahu menerima tawaran Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk menjadi Pegawai Pengurusan Dagang dan Perusahaan kerana menganggap syarikat itu kelak akan menganiayai orang Kampung Pulai. Syarikat Lombong Lembah Tualang pula bukanlah bergantung kepada Rahim dan kegiatan itu perlu untuk pembangunan ekonomi orang melayu. Syarikat itu akan tetap membeli tanah orang kampung Pulai dan kalau Rahim berkeras menetang kemungkinannya Rahim akan diketepikan begitu saja.


Bab 31

            Sani telah menetap di kampung kelahirannya, Pekan Kuala. Ayahnya telah berhenti daripada menjadi imam kerana dia telah bersetuju menetap di situ. Dia juga telah ditawarkan oleh Yang Berhormat Muhd Yusuf untuk menjadi wakilnya di beberapa buah kampunghingga ke wilayah Pekan Tualang menggantikan Sudin yang akan menumpukan pekerjaannya sebagai pegawai perhubungan dalam Syarikat Encik Muhammad. Pada awalnya dia ragu-ragu untuk menerima jawatan tersebut tetapi setelah menerima nasihat daripada Sudin, fikirannya berubah.

            Sani juga ingin membalas budi Yang Berhormat Muhd Yusuf kerana membatalkan aduan orang ramai terhadap ayahnya dan berjaya memujuk ayahnya supaya berhenti dengan sukarela. Yang Berhormat juga telah menjamin pinjaman wang dengan Encik Muhammad kepadanyha tanpa dikenakan bunga.

            Sani mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat bahawa ayahnya itu selalu sakit dan telah dinasihati oleh doktor supaya memohon bersara.Ksihatan ayahnya itu menganggu tugasnya sebagai imam dan sering menimbulkan masalah kepada orang kampung. Oleh itu, Imam Saad akan dilantik menjadi imam dan ditempatkan di Pekan Tualang manakala penduduknya akan dipindahkan ke sebuah rancangan FELDA.


Bab 32

            Sudin terpaksa berhadapan dengan sikap Pak Salim yang membantah rancangan perpindahannya ke rancangan FELDA. Sudin cuba memujuk Pak Salim supaya kembali kepada persetujuan yang diberikannya seminggu yang lalu tetapi gagal. Sudin kemudiannya beredar ke kedai Pak Salim dan meminta supaya memberitahu perubahan tempat perjumpaan bersama Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Felda setelah Pak Salim tidak membenarkan kedainya dijadikan tmpat perjumpaan tersebut.

            Semasa dalam perjalanan ke Pekan Tualang, Sudin telah menumpangkan Mat Akil dan kawan-kawannya. Sudin mendapat tahu punca yang menyebabkan Pak Salim meradang. Pak Salim kecewa kerana Tuk Empat Dahlan dapat menjadi penghulu dan dapat rumah di Pekan Tualang tanpa perlu mengikut ke rancangan FELDA manakala Imam SAAd pula dilantik sebagai imam kerajaan dan dapat tanah ganti tanah wakaf surau itu di Pekan Tualang. Tinggal dia seorang sahaja orang tua yang terpaksa ikut anaknya ke FELDA.

            Sudin ke rumah Datuk Indera Mahmud untuk berjumpa dengan Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Encik Muhammad. Mereka sedang rancak berbincang tentang rancangan memindahkan penduduk Kampung Pulai ke FELDA. Sudin melaporkan tentang masalah yang dihadapinya dengan Pak Salim. Yang Berhormat Muhd Yusuf akan bertemu dengan Pak Salim dan berjanji untuk mendapatkannya sebuah tapak kedai sebagai jalan penyelesaian.


Bab 33

            Pengumuman kewujudan Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk membeli tanah orang kampung oleh Encik Muhammad telah mendapat tentangan daripada Jamaludin dan pemuda berjubah. Mereka beranggapan tujuannya semata-mata untuk mengusir penduduk Kampung Pulai. Di samping itu, pembinaan hotel peranginan di Jeram Medang akan membawa kepada masalah judi, arak dan zina ke daerah itu. Peristiwa ini merupakan tamparan yang hebat kepada Encik Muhammad.

            Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Sani telah berjaya memujuk Pak Salim menjual dan berpindah ke FELDA. Pak Salim juga dijanjikan untuk mendapat kemudahan rumah kedai di rancangan itu kelak. Dia juga telah berjanji memastikan anaknya, Jamaludin tidak akan membantah rancangan itu lagi. Yang Berhormat Muhd Yusuf telah mencadangkan supaya kunjungan Penolong Pegawai Daerah ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh Encik Muhammad.

            Encik Muhammad telah  mendapat laporan daripada peguamnya berhubung dengan pergaduhan di Pekan kuala dan pengkhianatan di kebun orkid Jeram Medang. Dia kemudiannya keluar untuk bertemu dengan Datuk Tan berbincang berhubung dengan perkara tersebut. Dalam hatinya, Encik Muhammad tetap bertekad bahawa operasi prlombongan Kampung Pulai serta operasi pemindahan orang Kampung Pulaike rancangan FELDA tidak boleh dihalangi oleh anasir-anasir fanatik.


Bab 34

            Semasa pertemuan dengan Datuk Tan timbul cerita tentang Mary iaitu bekas setiausaha Encik Muhammad yang datang berjumpa dengan Datuk Tan untuk mencari pekerjaan. Encik Muhammad tidsk lagi berminat untuk mengambil tahu tentang Mary kerana menganggap hal-hal dahulu telah berlalu dan yang perlu dihadapi ialah urusan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

            Encik Muhammad menunjukkan laporan peguamnya kepada Datuk Tan dan membuat kesimpulan bahawa anak-anak muda yang melakukan perbuatan jahat itu sebenarnya diupah untuk berbuat demikian oleh seseorang dan dia sedang mencari motif orang tersebut  berbuat demikian. Encik Muhammad mengesyaki Tauke Chan terlibat kerana ingin membalas dendam kepadanya kerana telah mengagalkan rancangannya mahu berkongsi dengan abangnya mendirikan perumahan di Pekan Tualang. Datuk Tan tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana dia tahu Tauke Chan tidak berani berbuat demikian. Datuk Tan pula mencadangkan supaya peguam itu meneruskan siasatan.

            Datuk Tan percaya sekiranya Kampung Pulai tidak dibeli operasi perlombongan dapat diteruskan tetapi Encik Muhammad pula memikirkan nasib dan masa depan Kampung Pulai yang akan dikelilingi tasik dan timbunan pasir bekas lombong. Oleh sebab itulah, dia mahu membela nasib orang Kampung Pulai.


Bab 35

            Mat Akil telah menerima upah daripada Sudin dan diingatkan supaya sentiasa memerhatikan gelagat Jamaludin dan lebai Maarup. Mat Akil ke kedai Pak Salim mencari Lebai Maarup kerana berani menuduh rancangan Encik Muhammad mendirikan hotel peranginan di Jeram Medang debagai satu usaha ke arah maksiat. Mat Akil kemudiannya mengajak rakan-rakannya itu balik ke pondok. Di pertengahan jalan, mereka terserempak dengan Mak Ngah dan Milah. Jamilah merupakan anak murid Lebai Maarup.

            Setibanya di pondok, Mat Akil membahagi-bahagikan wang upahan yang diberikan oleh Sudin. Mat Akil masih bercerita tentang kegagalannya untuk memikat Gayah dan  meminta maaf kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat membeli barang-barang yang mereka pesan dahulu ke bandar mencari Gayah. Mereka juga sedar dengan perubahan yang berlaku antara mereka dengan Sudin kerana sebelum ini pernah berlaku permusuhan.

            Mereka berpisah dan berjanji akan berjumpa di tempat yang sama esok. Mat Akil terus ke rumah Sudin dan itulah kali kedua dia ke rumah Sudin. Kali pertama dahulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Dia sedar mak Minah dan Imam Saad sukar untuk memaafkannya tetapi kini dia bekerja menolong Sudin sambil mendapat pula kesenangan mencari wang. Sekiranya Tuk Empat Dahlan menjadi penghulu dia sendiri akan menjadi anak saudara penghulu. Mat Akil juga tidak menyangka kedatangannya itu disambut baik tidak seperti dahulu.


Bab 36

            Mat akil menyampaikan maklumat tentang Lebai Maarup kepada Sudin tetapi maklumat yang disampaikan seringkali berubah-ubah. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah parti politik dan asalnya anak Kampung Pulaitetapi telah lama meninggalkan kampung mengikut ibu bapa berbendang ke Kuala Selangor, Tanjung Karang. Dia juga telah mengarahkan kawan-kawannya memukul Lebai Maarup dan tentang Jamaludin pula dia berharap Pak Salim sendiri akan menyelesaikan hal anaknya itu.

            Mat Akil menasihati Pak Salim supaya meminta pertolongan Sudin untuk mendapat bantuan membuka kedai di Pekan tualang atau Pekan Kuala. Man membawa berita tentang Lebai Maarup yang diserang dan diminta berhenti mengacau anak bini orang. Mat Akil menyuruh Man pergi mengaji dengan Lebai yang mengajar dua kali seminggu di Balai Raya Khas untuk budak-budak muda dan membuat laporan kepada Imam Saad kononnya Lebai itu mengamalkan ilmu sesat.

            Pak Salim telah bertemu Sudin untuk meminta pertolongan menangani masalah anaknya, Jamaludin. Sudin berjanji akan menyelesaikannya. Sudin, MAt Akil dan kawan-kawannya ke Pekan Tualang. Sudin sudah menyediakan laporan kepada Encik Muhammad tentang orang-orang Kampung Pulai seperti juga orang di tempat lain ingin mengecap kesenangan dan kemewahan hidup moden. Mat Akil dan kawan-kawannya berhasrat untuk joli di bandar apabila ibu dan ayah mereka jual tanah. Sudin dan Gayah pula akan kembali ke Kuala Lumpur kerana tidak sesuai menjadi peneroka. Oleh itu, dia akan berusaha menyelesaikan urusan pembelian tanah itu dengan segera seperti kehendak Encik Muhammad.


Bab 37

            Sudin tidak mempercayai laporan yang dibuat oleh Mat Akil kerana ayahnya sendiri melihat kegigihan Lebai Maarup yang berani mencuba menarik kembali orang-orang muda ke jalan yang benar. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah parti politik dan mungkin akan menjadi dalam pilihan raya beberapa tahun lagi. MMat Akil juga akan mencederakan Lebai Maarup buat kali kedua supaya meninggalkan Kampung Pulai. Sudin berusaha memerangkap Mat Akil dan membalas dendam terhadapnya. Dia menghubungi Mat Jerangkung untuk menjadi saksi terhadap jenayah yang dilakukan oleh mat Akil.

            Sani melaporkan bahawa sikap Jamaludin dan Lebai Maarup menentang pembelian tanah Kampung Pulai tidak ada kena mengena dengan politik Yang Berhormat Muhd Yusuf. Dia juga mendapat tahu bahawa Pendekar Omar telah diupah oleh Tauke Chan untuk memukul pekerja-pekerja kebun orkid dan memusnahkan kebun-kebun orkid tersebut melalui drebar Tauke Chan.

            Sudin teringatkan keluhan ayahnya tentang akhlak orang muda di kampung itu yang telah runtuh dan orang tua kini yang mengejar kebendaan dan kemewahan. Imam Saad tidak berjaya lagi membetulkan keadaan dan mengharapkan orang seperti Lebai Maarup untuk menjalankan tugas tersebut.

            Jahid telah menyiapkan senarai nama orang-orang yang tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarga Datuk Mahmud supaya menyenangkan kerja Encik Muhammad. Sudin telah mengambil keputusan untuk membawa Gayah ke Kuala Lumpur. Dia mengerti benar betapa curangnya muslihat-muslihat yang dilakukan oleh Encik Muhammad tetapi dia tidak mampu menentang kerana telah termakan budi termasuklah usaha mengahwinkannya dengan Gayah.

            Sudin sedar sekiranya dia berjaya nanti dia akan mengikuti jejak langkah Encik Muhammad dalam dunia dagang dan perusahaan dan kemungkinan dia akan mewarisi tipu muslihat yang tidak jujur atau menjadi saudagar pertama yang bersifat jujur.


Bab 38

            Pada pagi minggu itu, Encik Muhammad berada di dalam bilik kerja di rumahnya dan tidak mahu diganggu. Dia mendapat tahu perkembangan terbaru di Kampung Pulai dan membatalkan rancangannya ke kampung itu esok. Soal jamaludin ingin mendapatkan sebuah kedai di Pekan Tualang bukanlah merupakan masalah yang besar baginya tetapi dia agak kecewa dengan kemunculan Lebai Maarup yang mengeruhkan suasana.


Bab 39

            Imam Saad mengadu kepada anaknya, Sudin bahawa Lebai Maarup dipukul orang pada malam tadi. Lebai Maarup tahu siapa yang memukulnya tetapi dia tidak ada bukti. Hanya secara batin sahaja dia dapat mengagak orang yang telah memukulnya itu. Lebai Maarup mahu menegakkan keadilan dan ingin melihat pembalasan yang setimpal dilakukan. Walau bagaimanapun, Lebai Maarup tidak mahu membawa perkara itu kepada polis kerana tidak ada bukti.

            Lebai Maarup telah meminta orang kampung ke balai raya pada pukul sembilan pagi kerana ingin membongkarkan kes yang menimpa dirinya. Dia menerangkan punca yang menyebabkan dia dipukul orang dan dia tidak akan melawan sekiranya dipukul lagi kerana dia tetap tidak akan berhenti menyampaikan kebenaran, seruan Allah dan Rasul-Nya.

            Sudin di jemput hadir sama dalam perjumpaan itu. Sebekum perjumpaan itu berlangsung dia perlu berjumpa dengan Mat Akil dan kemat Jerangkung.Ini merupakan peluang terbaik untuk membalas dendam terhadap Mat Akil. Dia kemudiannya ke Peka Kuala bertemu Yang Berhormat Muhd Yusufuntuk bersama-sama bertemu Encik Muhammad di Kuala Lumpur.

            Sudin juga dapat merasakan kekecewaan ayahnya tentang kemerosotan iman orang Kampung Pulai dan Lebai Maarup yang cuba menyedarkan mereka pula telah dipukul. Dia berazam untuk membantu ayahnya dan Lebai Maarup tetapi dia tidak akan menentang Encik Muhammad.

            Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, yang Berhormat Muhd Yusuf meluahkan perasaan tidak senangnya terhadap Lebai Maarup. Dia tidak mahu Lebai Maarup membangkitkan lagi apa yang diucapkan kepada Encik Muhammad di masjid dahulu.Lebai Maarup baginya merupakan orang-orang fanatik yang tidak pernah tahu selain daripada mengaji.Walau bagaimanapun,Sudin hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu rancangannya diketahui oleh sesiapapun.


Bab 40

            Lepas subuh Lebai Maarup,Imam Saad,Bilal Endut dan Kemat Jerangkung tidak balik kerana hujan lebat.Imam Saad cuba mencungkil rahsia peristiwa yang menimpa Lebai Maarup tetapi dia enggan memberitahunya kerana ingin membongkarkannya dalam majlis perjumpaan di balairaya nanti

            Pagi itu di kedai Pak Salim menjadi tumpuan umum kerana mereka singgah dahulu minum kopi dan berbual sebelum ke balairaya termasuklah Mat Akil dan kawan-kawannya.Orang Kampung Pulai telah berkumpul di balairaya termasuklah dua orang luar yang tidak dikenali.Setelah Tok Empat Dahlan berucap,Lebai Maarup memulakan ucapannya dengan salam, tahmid dan selawat.Ketika Lebai Maarup cuba nmeneruskan ucapannya,Mat Akil dan kawan-kawannya telah menganggu perjalanan majlis tersebut.

            Mat Akil menuduh Lebai Maarup menyusahkan orang kampung dan berlaku kurang ajar menuduh Encik Muhammad.Selain itu,Lebai Maarup dituduh menganggu anak bini orang.Lebai Maarup menhadapi tuduhan tersebut dengan tenang dan dapat menjawab pertuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

            Man tidak dapat menahan kesabaran lalu membaling batu tepat mengenai muka Lebai Maarup.Suasana menjadi haru biru apabila Mat Akil pula cuba menikam Lebai Maarup tetapi sempat dielak oleh Lebai Maarup dan terkena bahunya sahaja.Kemat Jerangkung berjaya menangkap Mat Akil.Dua orang yang tidak dikenali itu sebenarnya anggota polis dan telah berjaya menangkap kawan-kawan Mat Akil yang lain.


Bab 41

            Setelah penat bekerja Encik Muhammad berehat di halaman rumahnya bersama Cik Puan Tipah.Dia berasa lapar kerana masih belum bersarapan sepanjang hari.Cik Puan Tipah menyuruh Mak Enon menghidangkan ikan baung gulai tempoyak kepada suaminya itu di luar rumah.Encik Muhammad bercadang mengadakan kenduri dan menjemput Lebai Maarup membaca doa.Setelah itu dia berbincang dengan Sudin dan Yang Berhormat Muhd Yusuf pada masa yang sesuai.


Bab 42

            Lebai Maarup telah cedera parah dan dibawa ke hospital.Mereka yang menyaksikan peristiwa itu diminta ke balai untuk memberi keterangan dan mungkin dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan nanti.Sudin bertemu Yang Berhormat Muhd Yusuf di balai polis dan akan ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan berita tersebut kepada Encik Muhammad.
           
            Sudin menjenguk Mat Akil dan kawan-kawannya di dalam lokap dan berjanji akan mencarikan peguam untuk mereka.Walau bagaimanapun,hati Sudin puas kerana dia telah berjaya membalas dendam terhadap Mat Akil.

            Tok Empat Dahlan memohon maaf kepada Bilal Endut di atas perbuatan anak saudaranya itu terhadap Lebai Maarup.Sudin bersyukur kerana kejadian itu tidak menimbulkan persengketaan pula antara golongan tua di kampung itu.Imam Saad pula amat mengharap Lebai Maarup akan menyertai rancangan FELDA untuk menjadi pemimpin agama kerana Lebai Maarup masih muda,ada ilmu dan ada kemahuan untuk berkhidamat kerana Allah.


Bab 43

            Encik Muhammad dan isterinya Cik Puan Tipah mengadakan jamuan makan malam bersama Yang Berhormat Muhd Yusuf,Datuk Indera Mahmud,Sudin,Datuk Tan dan Datin Tan serta Tan Sri Syed Aris dan Puan Sri Syarifah Mu'inah,Mahani danb peguamnya Shahril.Encik Muhammad amat gembira kerana Lebai Maarup akan menjual tanah pusaka ayahnya dan menyertai rancangan FELDA.iTan Sri Syed Aris pula menceritakan tentang Ladang Lada Muhammad dan Tan yang akan dibuka secara rasmi.

            Dalam majlis tersebut,Sudin berusaha merapati Mahani untuk mencungkil rahsia tentang Rahim.Mahani menceritakan tentang kepulangan Rahim seminggu lagi dan tidak mahu mengadakan majlis kenduri perkahwinan mereka secara besar-besaran.Sudin merasakan langkahnya merapatkan diri denagan Mahani sudah berhasil dan selepas ini tidak sukar lagi untuknya bercakap dengan Mahani mengenai Rahim.

            Sebelum pulang,Sudin menerima arahan dari Encik Muhammad supaya berbincang dengan peguam Shahril untuk membela Mat Akil dan kawan-kawannya itu tanpa memperlihatkan perhubungannya dengan Mat Akil dalam kes tersebut.


Bab 44

            Pegawai Daerah dan Pegawai FELDA datang ke balairaya Kampung Pulai untuk memberikan penerangan tentang penempatan orang kampung itu ke rancangan FELDA.Turut hadirv dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Muhd Yusuf,Sani,Jahid dan Sudin.Ketika memberikan ucapan,Sudin memuji kepimpinan Yang Berhormat Muhd Yusuf,sikap bertimbang rasa dan baik hati Datuk Indera Mahmud serta keluarganya dan kemurahan hati Encik Muhd selaku Pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang.

            Yang Berhormat Muhd Yusuf yang membuka jalan untuk orang kampung menyertai rancangan FELDA.Datuk Indera Mahmud pula bersetuju memberi saguhati serta ganti rugi kepada orang kampung yang menumpang di dalam tanah keluarganya.Manakala Encik Muhammad akan membeli tanah orang kampung dengan harga yang tinggi.

            Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,Sudin singgah menjenguk Lebai Maarup di hospital dan tidak lupa membincangkan tentang kedudukan tanah pusaka ayah Lebai Maarup itu.Dia mendapat tahu bahawa Lebai Maarup berkelulusan SPM dan Sudin berjanji akan melawat Lebai Maarup pada sebelah petang.

            Sudin ke pejabat Encik Muhammad dan membincangkan tentang masalah Mat Akil dan kawan-kawanya itu dengan peguam Shahril danurusan pembelian tanah orang Kampung Pulai.Encik Muhammad juga diberitahu oleh Sudin bahawa tanah pusaka Lebai Maarup masih lagi nama ayahnya.


Bab 45

            Sudin pulang ke rumah setelah sehari suntuk menjalankan tugasnya.Dia dapat merasakan perubahan ayahnya,Imam Saad setelah dilantik menjadi Imam Pekan Tualang.Ayahnya kini menjadi seorang pendiam.Sudin teringatkan kata-kata Lebai Maarup yang meninggalkan kesan yang mendalam di hatinya.Lebai Maarup tidak akan berhenti mengajak orang bertakwa kepada Allah.

            Pada malam itu,Sudin tidak dapat tidur lena kerana fikirannya terganggu.Dia teringatkan pertemuannya dengan Mahani dan cerita tentang Encik Muhammad akan berusaha menyedarkan Rahim tentang cara dia bekerja kerana Rahim antara penghalang hasratnya itu.

Setelah bersarapan pagi,Sudin keluar untuk menyelesaikan urusan dengan Jahid dan Sani.Kemudian dia ke pejabat menunggu telefon daripada peguam Shahril.Selain itu,dia akan ke hospital melawat Lebai Maarup.Sudin juga menjangkakan mungkin ada di antara tanah di Kampung Pulai tidak dapat dibeli dan mengharapkan kepulangan Rahim nanti akan dapat mengubah ayahnya itu.


Bab 46

            Seluruh ahli keluarga Datuk Indera Mahmud berkumpul di rumahnya untuk menghadiri mesyuarat pembahagian sebahagian daripada harta keluarga Datuk Indera yang akan dibeli oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti yang diiklankan dalam akhbar oleh peguam yang menguruskan hal ehwal harta Datuk Mahmud. Mesyuarat dipimpin oleh peguam dan dibantu oleh Tuan Kadi Wilayah Tualang yang bertanggungjawab membahagikan harta di kampung itu mengikut faraid.

            Selepas selepas penerangan peguam, majlis diserahkan kepada Datuk Indera Mahmud dan Encik Muhammad. Sikap Encik Muhammad  menjadi marah apabila melihat ahli keluarganya tidak menghormati Datuk Indera Mahmud ketika dia sedang berucap. Encik Muhammad mewakili Datuk Indera Mahmud meminta persetujuan ahli keluarganya mengenai pembahagian harta di Kampung Pulai dan syarikatnya akan menawarkan harga yang tinggi untuk membeli tanah-tanah tersebut.

            Enci Muhammad dikejutkan dengan pertanyaan Muhammad Alif Bin Abdul Karim waris nombor sembilan yang mahu melabur dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jumlah harga tanah bahagian masing-masingdimasukkan sebagai saham. Pada awalnya Encik Muhammad cuba memperlekehkan Muhammad Alif tetapi terkedu apabila mengetahui Muhammad Alif seorang pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan Sarjana Ekonomi dari London School Of Economics, London.

            Lepas zuhur, Encik Muhammad dengan Sudin ke Kampung Pulai untuk menziarahi Lebai Maarup yang baru keluar dari hospital. Pertemuan itu diadakan di surau dan turut hadir ialah Imam Saad dan Bilal Endut.

            Lebai Maarup memang berhajat menemui Encik Muhammad bagi menerangkan hajatnya untuk mewakafkan tanah pusakanya itu untuk keperluan agama. Encik Muhammad tidak bersetuju dengan cadangan Lebai Maarup itu. Lebai Maarup tetap dengan pendiriannya itu kerana sebuah surau diperlukan oleh pekerja-pekerja lombong dan setelah 15 tahun apabila perlombongan itu selesai, bekas lombong itu dibangunkan juga dan memerlukan sebuah surau atau sebuah masjid atau sekolah agama.
            Encik Muhammad terpaksa  mengalah dan akan cuba memikirkan cadangan Lebai Maarup itu. Sudin dapat membayangkan kegembiraan wajah ayahnya kerana Encik Muhammad terpaksa akur dengan keputusan Lebai Maarup itu.


Bab 47

            Encik Muhammad balik ke Kuala Lumpur tanpa membawa Sudin bersamanya. Dia mengarahkan Sudin membereskan urusan tanah dengan Lebai Maarup. Sudin juga akur dengan cara Lebai maarup mengemukakan gagasannya kepada Encik Muhammad amat baik dan amat munasabah. Encik Muhammad tidak dapat tunduk dengan cadangan Lebai Maarup kerana dia seorang yang ego dan selalunya berjaya dalam tugasnya.

            Lebai Maarup menasihati Sudin supaya bertenang dan sabar dengan sikap Encik Muhammad kerana dua tiga hari nanti Allah akan melembutkan hatinya dan menenangkannya.

            Sudin kembali ke pejabatnya pada keesokkan hari untuk menunggu telefon daripada peguam Shahril. Sudin juga berhajat untuk menyertakan tanah wakaf ayahnya dalam gagasan Lebai Maarup itu.  Dia kemudian telah menerima panggilan telefon daripada Mahani bertanyakan peristiwa yang berlaku di Pekan Tualang semalam yang menyebabkan Encik Muhammad cuti secara tiba-tiba dan semua urusannya dibatalkan. 

            Sudin pula ingin bertemu dengan Mahani untuk berbincang tentang Rahim. Sudin menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di PekanTualang antara Encik Muhammad dan Lebai Maarup. Sudin mengemukakan satu teori supaya Rahim mengikut kehendak ayahnya bekerja dengan Syarikat Lombong  Lembah Tualang.

            Mahani bersetuju dengan teori Sudin kerana dia sendir sedang memikirkan jalan hendak menolong Rahim memahami ayahnya dan dalam masa yang sama menolong Encik Muhammad memahami anaknya. Dengan teori itu, Rahim tidak akan kalah kepada ayahnya itu. Walau bagaimanapun,tidak akan menang seluruhnya.

            Sebelum menunggu Rahim balik, Sudin menelefon peguam Shahril supaya menangguhkan kedatangannya ke Pekan Tualang hingga minggu depan. Dia mengharapkan kepulangan Rahimmembuka jalan yang memudahkan segalanya urusannya.


Bab 48

            Mahani menuggu kedatangan Rahim di lapangan terbang. Perjumpaannya dengan Sudin kelmarin membuka langkah baru untuk merapatkan jurang antara Rahim dengan ayahnya. Rahim pulang bersama Robert dan mereka tidak memberitahu kepulangan mereka kepada ibu bapa masing-masing.

            Mahani mengajak mereka ke restoran untuk berbincang dan menerangkan rancangan itu. Rahim bersetuju dan mengharapkan rancangan itu benar-benar boleh memberi kesan kepada ketamakan ayahnya itu. Robert juga menasihati Rahim supaya bersetuju dengan rancangan tersebut dan tidak menentang rancangan ayahnya itu. Rahim memberi syarat kepada Mahani sekiranya rancangan tersebut berjaya mereka akan tinggal di kompleks dalam kampung yang ditinggalkan itu.


Bab 49

            Ana menerima panggilan daripada Rahim dan berlari memberitahu kepulangan abangnya kepada ibunya, Cik Puan Tipah. Cik Puan Tipah menyampaikan berita gembira itu kepada suaminya yang berada di bilik kerja. Mereka pergi ke lapangan terbang dan bertemu Datuk Tan dan Datin Tan yang juga datang menjemput Robert.

            Dalam perjalanan pulang mereka di hiburkan dengan gelagat Ana. Walau bagaimanapun, Encik Muhammad kelihatan masih sugul ekoran peristiwa Lebai Maarup dua hari lepas. Sampai di rumah, semua menghadap hidangan the yang disediakan oleh Mak Enon kecuali Encik Muhammad yang terus ke dalam bilik kerjanya.

            Mak Enon menghantar teh untuk Encik Muhammad dan diminta oleh tuannya itu untuk memanggil Cik Puan Tipah masuk. Cik Puan Tipah kemudiannya memanggil Rahim masuk bertemu dengan ayahnya itu. Dia dan Ana tidak dibenarkan mencampuri urusan mereka berdua didalam bilik itu.

            Cik Puan Tipah amat risau dengan Rahim dan suaminya yang berada dalam bilik itu. Dia khuatir akan berlaku pertengkaran antara anak dan ayah kerana melihat karenah suaminya semenjak dua hari lepas dan melihat kepada nada surat-surat Rahim selama ini. Akhirnya apabila duara yang menusuk keluar dari bilik itu bertambah keras, dia masuk tetapi terbuka sahaja pintu dia melihat kedua-duanya sedang gelak ketawa.

            Rahim dan ayahnya ketawa mengenai cerita Robert yang ingin menjadi sami. Cik Puan Tipah masih tidak berpuas hati dan ingin mendapatkan penjelasan daripada Rahim dan suaminya. Rahim memohon beredar untuk mengemaskan barang-barangnya. Encik Muhammad menerangkan kepada isterinya bahawa Rahim telah pun bersetuju untuk menerima jawatan yang ditawarkan oleh Datuk Tan sebagai Pengerusi Pengurusan Lombong Lembah Tualang.


Bab 50

            Rahim membahagi-bahagikan hadiah kepada ahli keluarganya termasuklah Mak Enon. Selepas itu dia beredar ke rumah Mahani seperti yang dijanjikan di lapangan terbang tadi. Rahim memberitahu Mahani bahawa rancangan mereka telah berjaya. Satu kompleks akan didirikan yang mengandungi pejabat, bangsal pekerja, surau dan lain-lain. Dia juga memberitahu tentang persetujuan untuk menerima tawaran menjadi Pegawai Pengurusan Pentadbiran dsan akan tinggal di kompleks tersebut seperti yang dirancangkan bersama.

            Tan Sri Syed Aris hairan dengan perubahan keputusan yang dibuat oleh Encik Muhammad. Dia juga tidak menyukai Lebai Maarup dan menganggapImam Saad lebih alim daripada Lebai Maarup kerana tuanya dan pengalamannya. Pendapat itu disanggah oleh Rahim.

            Walau bagaimanapun, Rahim teragak-agak untuk berbahas dengan bakal  mentuanya itu kerana tidak mahu menjadi seperti ayahnya petang tadi yang bertukar menjadi marah.

            Rahim menceritakan kepada Tan Sri Syed Aris peristiwa perbahasannya dengan ayahnya petang tadi yang berhubung dengan perlombogan di Kampung Pulai, Rahim membandingkan kebajikan yang dilakukan oleh ayahnya hanya untuk kepentingannya sedangkan kebajikan yang dilakukan oleh Lebai Maarup dan Imam Saad merupakan kebajikan suruhan agama kerana pengabdian kepada Allah untuk kebaikan manusia di dunia dan di akhirat.

            Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana Encik Muhammad telah disedarkan oleh Rahim tentang kesan pembangunan ekonomi kepadfa orang melayu dan berharap Rahim akan dapat bekerjasama dengan Lebai Maarup.

            Setelah Tan Sri Syed Aris beredar, Rahim dan mahani menganggap kemenangan Imam Saad yang ikhlas dan sabar. Mereka menghabiskan sisa malam di setee panjang dan Rahim mengalungkan seutas kalung platinum bermedialion kecil dengan sebiji permata berlian halus ke leher Mahani.

5 ulasan:

umiey yusoff berkata...

kalau saya nak ambil boleh ???
saya pelajar sTPm :)

noor amirah berkata...

wah !! memang lengkap... terima kasih Cikgu.... :)

safuraa harun berkata...

terima kasih kerana membantu ;)

ae idraqi berkata...

terbaikk, saya bagi empat bintang ^^

muslimah solehah berkata...

TERIMA KASIH .memang membantu ^^ saye minta izin untuk print yea

Catat Ulasan