Ads 468x60px

Selasa, 5 April 2011

KM2- BAHAGIAN A

(SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA)
PENGENALAN.
Kesusasteraan dalam pendekatan moden ialah hasil karya individu yang mengumpul segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi, budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentas pelbagai ilmu termasuk sains sosial, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya


SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU  MODEN.

Kajian tentang sejarah kesusasteraan Melayu moden dan kritikan sastera
Memberi penekanan kepada empat perkara berikut:

1.  Tahap perkembangan mengikut tiga zaman terpenting iaitu zaman Abdullah Munsyi, sebelum perang dan selepas perang.
2.  Tokoh pengarang
3.  Persoalan dan realiti masyarakat.
4.  Institusi sastera


TAHAP PERKEMBANGAN

-        Perlu disentuh secara ringkas:

1.  Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan, seperti keadaan sosial, ekonomi, politik, dan kewujudan institusi sastera
2.  Jenis-jenis sastera yang berkembang pesat mengikut tahap.
3.  Tokoh-tokoh pengarang penting dan utama yang muncul setiap tahap
4.  Persoalan dan isu yang menjadi tumpuan utama dan besar bagi pengarang untuk ditimbulkan dalam karya

TOKOH PENGARANG

-        perlu dibincangkan perkara-perkara berikut secara ringkas:

1.  Latar kehidupan dan pendidikan pengarang, untuk melihat bagaimana cara hidup  atau pergaulannya serta pendidikannya mempengaruhi kegiatan kepengarangannya.
2.  Sumbangannya dalam jenis-jenis sastera tertentu sama ada sastera sejarah, novel, cerpen, drama atau sajak.
3.  Kepentingan tokoh, iaitu kedudukan atau penguasaannya dalam jenis-jenis sastera tertentu, mengikut keupayaan dan kepakaran masing-masing dalam bidang penghasilan karya sastera
4.  Antara tokoh ialah:

a.  Abdullah b Abdul Kadir Munsyi
b.  Syed Sheikh al – Hadi (STPM 2008)
c.   Ahmad b Muhammad Rasyid Talu
d.  Abdul Rahim Kajai(stpm 2010)
e.  Muhammad Yassin Maamur
f.     Ishak Hj Muhammad
g.  Sasterawan-sasterawan negara – Keris Mas, Shahnon Ahmad,Usman Awang, A.samad Said, Arenawati,  Muhammad Haji salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain


PERSOALAN DAN REALITI MASYARAKAT


1.  Pertembungan Timur – Barat
2.  Reformasi  Pemikiran
3.  Emansipasi wanita
4.  Reformasi pendidikan
5.  Nasionalisme
6.  Perpaduan
7.  Dasar Ekonomi Baru


INSTITUSI SASTERA



1.  Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
2.  Pejabat Karang Mengarang
3.  Maktab Perguruan Sultan Idris
4.  ASAS 50 (STPM 2009)
5.  Peranan penerbit
6.  Dewan Bahasa dan Pustaka
7.  Jabatan Pengajian Melayu
8.  GAPENA


KRITIKAN SASTERA

Kajian adalah berkaitan:

1.  Definisi, fungsi dan ciri-ciri kritikan sastera
2.  Sejarah ringkas berhubung  tahap perkembangan, tokoh dan isu-isu kritikan sastera
3.  Pendekatan kritikan sastera




Tiada ulasan:

Catat Ulasan