Ads 468x60px

Jumaat, 25 Mac 2011

Nota KM1-Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

KESUSASTERAAN  MELAYU  KERTAS S ATU (TRADISIONAL)
BAHAGIAN A
(SEJARAH KESUSASTERAAN  MELAYU  TRADISIONAL)
Sejarah kesusasteraan Melayu tradisional menekankan kepada perkara-perkara berikut:
1. Definisi, fungsi dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu tradisional (STPM 2009)
2. Jenis-jenis kesusasteraan Melayu tradisional
A.                Prosa Tradisional
2.1            Naratif lisan
a. Mitos
b. Legenda
c. Cerita rakyat
2.2            Naratif tulisan
a. Sastera sejarah
b. Sastera hikayat
c. Sastera panji
d. Sastera epik / kepahlawanan
2.3            Bukan naratif
a. Sastera undang-undang
b. Sastera agama
c. Sastera kitab
d. Sastera ketatanegaraan
B.                Puisi tradisional
i.            Naratif – Syair (STPM 2009)
ii.          Bukan naratif – pantun, gurindam, endoi, rejang, dikir, rubai, nazam, masnawi, ghazal, berzanji, Qit’ah, seloka, teromba, talibun, peribahasa berangkap, mantera
            
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu tradisional
3.1            Tahap
a. Sastera lisan
b. Sastera tulisan
i.            Zaman pra – islam
ii.          Zaman Islam


3.2            Tokoh
i.            Tun Seri Lanang
ii.          Hamzah Fansuri
iii.        Bukhari al – Jauhari
iv.       Nuruddin al – Raniri
v.         Sheikh Daud al – Fatani
vi.       Raja Ali Haji
vii.     Syed Muhammad b Zainal Abidin
viii.   Sheikh Ahmad b Muhammad Zain al – Fatani

3.3            Persoalan dan latar masyarakat
I.           Keagungan raja dan negara
II.        Kepahlawanan
III.      Kesetiaan rakyat
IV.     Panduan untuk raja, pembesar dan rakyat
V.        Keagamaan dan kepercayaan
VI.     Pendidikan / moral
VII.  Gambaran masyarakat


PENGENALAN
Kesusasteraan ialah sebarang bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa yang indah, baik, berguna dan memberi manfaat  kepada pembaca.
Kesusasteraan Melayu ialah hasil kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa Melayu dan isinya mencerminkan persoalan tentang masyarakat Melayu itu sendiri.
Kesusasteraan Melayu tradisional dapat dilihat dari segi jenis-jenisnya yang tersendiri. Terdapat dua jenis utama kesusasteraan Melayu klasik iaitu sastera lisan dan sastera tulisan.
Sastera lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat kerana ia lahir serta berkembang dalam kalangan masyarakat kebanyakan.
Sastera rakyat boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk iatu bentuk cerita / naratif (prosa) dan bentuk bukan cerita / non-naratif (puisi)
Sastera rakyat berbentuk naratif pula  terbahagi  kepada tiga jenis utama iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat.
Cerita rakyat adalah cerita rekaan yang tersebar dalam kalangan rakyat. Antara cerita utama ialah cerita lipur lara (seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman), cerita jenaka (seperti Pak Kaduk, Pak Pandir , Pak Belalang dan Si Luncai), cerita binatang, cerita hantu dan sebagainya
Sastera rakyat berbentuk bukan cerita wujud dalam rangkap-rangkap @ ungkapan-ungkapan tertentu seperti pantun, peribahasa, jampi serapah, gurindam, talibun dan lain-lain.
Kedua-dua bentuk Khazanah sastera rakyat ini telah dibukukan serta amat terkenal hingga kini.

Layari laman web http//www.khazanahmelayu.mmu.edu.my untuk mengetahui cerita rakyat dengan lebih lanjut.



CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT (STPM 2009)
1. Tersebar secara lisan dan diwarisi dari zaman ke zaman. Ia diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lebih muda dengan menggunakan bahasa lisan

2. Kesemua sastera rakyat adalah milik bersama masyarakat . ia tidak mempunyai pengarang


3.  bahasa yang digunakan adalah menarik, indah, unik dan mudah difahami serta menggunakan bahasa kiasan seperti perumpamaan, peribahasa dan lain-lain.

4.  cerita dan temanya memenuhi keperluan masyarakat tradisional yang bercogankan hidup bersama (secara kolektif) di samping bertujuan memberikan hiburan, mengkritik, menegur serta menasihati masyarakat secara tidak langsung


5. Plot Kebanyakan cerita rakyat sangat mudah sifatnya. Walaupun terdapat cerita yang kompleks tetapi masih mengikut kronologi

6. Sastera lisan lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat biasa, walaupun isi ceritanya berkisar tentang kehebatan anak-anak raja dan keindahan di istana.
7. Sastera lisan menggunakan bahasa lisan yang mengandungi unsur-unsur linguistik dan supra-segmental iaitu tekanan suara, intonasi dan nada suara. Unsur ini dapat memberi kesan komunikasi antara tukang cerita dan pendengar di samping dapat memberi makna yang tepat.  


PROSA TRADISIONAL BERBENTUK NARATIF

NARATIF LISAN

CERITA MITOS

Ciri-ciri umum cerita mitos

1. Isi dan tema dihubungkan dengan asal-usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja, dan lain-lain. Setiap asal usul dikaitkan dengan pelbgai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku. Bagi masyarakat tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan dengan sifat duniawi. Cerita mitos adalah cerita tentang dewa-dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus.

2. Latar masa- berlaku pada zaman pra sejarah iaitu zaman animisme.


3. Latar tempat- berlaku di dunia luar, kayangan dan dasar laut. Latar sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Contoh, asal usul nama melaka mengambil latar sejarah.

4. watak- terdiri daripada tuhan dan dewa dewi sebagai watak bukan manusia. Terdapat juga watak manusia dan binatang. Contoh, nama Samudera-Pasai dlm teks sejarah Melayu diambil sempena seekor semut sebesar kucing di atas bukit di salak oleh anjing bernama Pasai. Jadi Sultan Malikul Saleh membuka negeri baru di situ yang dinamakan Samudera - Pasai 



Fungsi Cerita Mitos

1. Menggambarkan dan memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yang luar biasa serta sama taraf dengan dewa dewi. Contohnya, asal usul raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota dikaitkan dengan watak dan peristiwa luar biasa. Dalam teks Sejarah Melayu, kemasukan Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar dislamkan oleh Nabi Muhammad melalui mimpinya.

2. Kritikan sosial- menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Contoh,  mitos alegori singapura di langgar todak menyindir kezaliman Raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang menilik pohon pinang sehingga terbelah di depan permaisuri. Ekoran itu, Singapura mendapat bala diserang todak


3. menunjukkan kekuatan dan kehebatan sesebuah negeri- pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh yang berlaku di tempat tersebut. Contoh, pembukaan Melaka kerana Raja Iskandar menyaksikan peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan baginda. Pelanduk merupakan binatang kecil yang selalunya takutkan anjing. Peristiwa ini menjadi lambang bahawa negeri yang kecil pada suatu hari nanti akan muncul sebagai negeri besar dan dapat mengalahkan kuasa lain.

Jenis-jenis cerita mitos
1. Cerita mitos asal usul benda, binatang, kejadian alam dan manusia. Contohnya, asal usul kejadian tiga buah gunung di Perak yang berasal daripada manusia menjadi batu kerana disumpah oleh Sang Gedembai.

2. Cerita mitos asal usul nama tempat dan negeri. Contohnya,  pembukaan Singapura diambil sempena nama seekor singa yang tangkas, pantas dan dapat mengghaibkan diri yang dijumpai oleh Sang Nila Utama sewaktu berburu di Temasik. Singa itu digambarkan dengan hebat iatu sebesar kambing randuk, berkepala hitam, berdada putih dan berbadan merah.


3. Cerita mitos dinasti- cerita tentang tokoh-tokoh tertentu. Contoh, dikatakan raja-raja Melaka berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang merupakan tokoh terkemuka dunia

4. Cerita mitos kedatangan islam-kedatangan islam digambarkan dengan penuh ketakjuban. Contohnya, Raja Kecil Besar bermimpi Nabi Muhammad mengislamkannya, pada esoknya, didapati badannya berbau wangi dan telah dikhatankan. Ini adalah untuk menunjukkan Islam datang ke Melaka terus daripada Rasulullah tanpa perantaraan dan melambangkan orang-orang mulia sahaja berupaya menemui Rasulullah dalam mimpi


5. Cerita Mitos alegori / simbolik- peristiwa yang luar biasa sifatnya bertujuan menyindir golongan raja    


CERITALEGENDA
CIRI-CIRI CERITA LEGENDA
1. Isi dan tema- tentang tokoh-tokoh terkenal yang dipercayai pernah hidup suatu ketika dahulu, dikaitkan dengan sifat kepahlawanan yang tiada tolok bandingnya, menjadi kebanggaan masyarakat setempat yang dianggap mempunyai keistimewaan dan bersifat kudus

2. Latar tempat-  berpusat kepada dunia nyata dan bukan dunia kayangan.  Terdapat tanda-tanda atau kesan sehingga sekarang yang dapat dikaitkan dengan tokoh-tokoh legenda di negeri-negeri tertentu. Contohnya perigi Hang Tuah di Melaka dan  Makam Mahsuri di Langkawi


3. Watak- terdiri drp manusia biasa yang berhubung rapat dengan politik sesebuah negara dan menjadi lambang sesebuah negara. Watak-watak ini pula memiliki kuasa-kuasa tertentu yang diperoleh daripada ilmu-ilmu tertentu. Contohnya Hang Tuah, Badang dan lain-lain.



FUNGSI CERITA LEGENDA
1. Memeperlihatkan bangsa Melayu juga mempunyai pahlawan-pahlawan yang gagah perkasa. Contohnya, peristiwa Badang dapat mengalahkan hulubalang Perlak dengan pahanya dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh Raja Singapura.

2. Sebagai bahan pengajaran kepada masyarakat Melayu. Banyak pengajaran boleh diambil melalui kisah-kisah di sebalik keistimewaan tokoh-tokoh legenda seperti kebijaksanaan, ketabahan, keberanian, berilmu dan lain-lain.


3. Sebagai bahan pendidikan. Contohnya, cerita nakhoda tanggang yang mendapat pembalasan semasa di dunia lagi boleh menjadi teladan kepada anak-anak yang mendengarnya




JENIS-JENIS CERITA LEGENDA
1. Legenda Tempatan- mengisahkan tokoh-tokoh legenda di sesuatu tempat @ negeri, tetapi kadang-kadang ia berkembang menjadi legenda kebangsaan. Contoh, Puteri Saadong dan Tok Janggut di Kelantan serta cerita Mahsuri di Kedah

2. Legenda menjelajah @ pindah randah- cerita legenda yang tersebar luas melampaui sesebuah kampung @ negeri. Contohnya, cerita Nakhoda Tanggang yang derhaka kepada ibunya dan disumpah menjadi batu mempunyai persamaan dengan cerita Malin Kundang di Minangkabau.
Legenda pindah randah iaitu cerita legenda dari suatu negeri berpindah ke suatu negeri yang lain juga dikenal sebagi legenda antarabangsa. Contohnya, cerita legenda Iskandar Zulkarnain.

3. Jenis-jenis legenda yang lain
a)Legenda orang-orang perseorangan-  dikaitkan dengan tokoh pahlawan, tokoh agama, legenda pendosa dan legenda keramat. Ini termasuklah Hang Tuah yang memiliki keistimewaan sebagai pahlawan dan pemimpin, mempunyai sifat luar biasa seperti kebal dan berumur panjang serta pemimpin angkatan perang Melaka yang tiada tolok bandingnya.

b)Legenda agama- contohnya Amir  Hamzah yang mempunyai  sifat kepahlawanan antaranya membunuh penjaga-penjaga tempat berhala  mencabut pokok tamar dengan akarnya sekali ketika beliau masih kecil.


c) Legenda pendosa- Contohnya, cerita Nakhoda Tanggang yang derhaka kepada ibunya. Akhirnya kapalnya disumpah menjadi batu

d)Legenda  keramat- meliputi cerita-cerita tentang kekeramatan, pusara, atau pokok yang  dipercayai berpuaka @ memiliki roh orang terkenal di tempat itu. Contoh, pusara Mahsuri di Langkawi dan perigi Hang Tuah di Melaka yang dikatakan tidak pernah kering airnya
e)Legenda nama-nama tempat- menceritakan tempat yang mendapat nama daripada tokoh legenda. Contoh, Kampung tok Pasai diberi nama sempena dengan seorang Pasai yang dapat membuat ramalan tentang apa yang akan terjadi di tempat itu.


CERITA RAKYAT- LIPUR LARA
CIRI-CIRI CERITA LIPUR LARA
1. Isi dan tema- mengisahkan putera-putera raja yang bersifat luar biasa, berani, kuat, sakti dan berjaya apabila menghadapi rintangan. Biasanya putera raja ini terlibat dengan pengembaraan yang panjang.

2. Plot- terbahagi 3
a. Sebelum pengembaraan- digambarkan bagaimana putera raja dilahirkan dengan unsur luar biasa, kehidupan zaman kecil di istana dan sebab-sebab yang membawa kepada pengembaraan tersebut.
b. Semasa pengembaraan-putera raja  akan keluar mengembara dan menghadapi pelbagai rintangan yang ditimbulkan oleh watak jahat, akan berlaku peperangan, namun kejayaan selalunya berpihak pada anak raja. Pada masa ini, wujud watak pembantu seperti nenek kebayan, bujang selamat dan si kembang cina yang akan memberi pertolongan kepada wira @ wirawati.
c. Selepas pengembaraan- wira akan mendapat kejayaan dan mencapai hajat pengemabaraan seperti bertemu semula dengan wirawati atau mendapat isteri yang diidamkan. Cerita berakhir dengan happy ending

3. Watak- wira dan wirawati, watak jahat dan watak pembantu. Watak jahat akan menggagalkan apa yang dicita-citakan oleh watak hero. Watakpembantu berperanan memberikan bantuan kepada watak utama semasa pengembaraan

4. Gaya bahasa- menggunakan bahasa prosa klasik disulami dengan puisi yang selalunya bertujuan untuk menggambarkan sesuatu
5. Latar tempat- luas dan melibatkan beberapa buah kerajaan @ negeri tetapi bukanlah negeri realiti dunia. Biasanya melibatkan 4 buah kerajaan iaitu Daha, Kuripan, Singgasari dan Gagelang.

6. Latar masa- panjang dan lama, bermula dengan watak hero dilahirkan hingga berkahwin dengan puteri raja. Dalam waktu inilah terjadinya pengembaraan yang panjang hingga wira @ wirawati mencapai apa yang dihajatkan

FUNGSI CERITA LIPUR LARA
1. Memberikan hiburan dan melupakan sejenak penderitaan dan penat bekerja. Hiburan bagi masyarakat lama adalah sebagai pelarian (escapisme) dari alam kenyataan mereka sebagai rakyat zaman feudal. Dengan mendengar kisah-kisah yang menarik ini, akan hilanglah jerih payah pada siang harinya

2. Kritikan sosial- mengkritik golongan atasan @ raja, putera / puteri raja yang kejam @ tidak mematuhi janji
3. Sebagai pengajaran- memberikan pengajaran kepada masyarakat agar memiliki sifat berani, tabah, cekal, tidak mudah putus asa apabila berhadapan dengan rintangan.


CERITA RAKYAT – CERITA BINATANG
CIRI-CIRI CERITA BINATANG
1. Tema- watak-watak binatang yang bersifat manusia, boleh berkata-kata, berfikir serta mampu bertindak seperti manusia. Watk-watak ini juga boleh berhubung dengan manusia biasa serta boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia  atau warga rimba. Contohnya watak sang kancil sebagai watak utama terlibat dengan kisah menewaskan binatang yang lebih besar, menyelamatkan binatang yang dianiayai oleh binatang lain, dan menjadi hakim dalam masalah binatang yang tidak mahu memulangkan beliung yang dipinjam daripada kawannya. Ada0kalanya kancil ditewaskan oleh binatang yang lebih kecil daripadanya. Contoh, kancil ditipu oleh bangau semasa menyeberang sungai di atas kerak nasi

2. Latar tempat- dunia nyata iaitu melibatkan hutan rimba, tepi sungai, kebun buah-buahan, istana dan paya
. Contoh, dalam cerita sang kancil dan sang siput latar tempatnya ialah di dalam hutan rimba yang melibatkan tempat-tempat yang dilalui oleh kancil dan siput semasa berlumba iaitu lopak, paya, tepi pantai dan tepi sungai

3. Watak- terdiri daripada watak binatang sebagai watak utama seperti watak sang kancil dan sang pelanduk jenaka. Watak ini boleh bercakap, berfikir dan bertindak seperti manusia. Watak sampingan pula terdiri daripada harimau, semut, musang, lembu dan sebagainya. Watak manusia pula terdiri daripada nabi sulaiman, peladang, saudagar, anak yatim dan lain-lain. Biasanya watak manusia dalam cerita binatang mendapat pertolongan daripada sang kancil dan sang pelanduk jenaka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4. Plot- sederhana dan mudah difahami.


5. Gaya bahasa- gaya bahasa Melayu klasik tetapi mudah difahami. Kadang-kadang diselitkan dengan puisi.

FUNGSI CERITA BINATANG
1. Sebagai hiburan- para pendengar akan terhibur apabila watak binatang kecil dapat menewaskan binatang besar seperti  buaya, gajah, harimau, gergasi dan sebagainya.

2. Sebagai pengajaran- contohnya dalam menyelesaikan masalah hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan akal fikiran


3. Sebagai kriktikan sosial- kritikan disampaikan secara sindiran halus dan jenaka. Contoh, cerita kura-kura dengan arnab dan sang kancil dengan sang siput kaya dengan sindiran halus kepada masyarakat Melayu lama


CERITA RAKYAT- CERITA JENAKA(STPM 2009)
CIRI-CIRI CERITA JENAKA.
1. Tema-  mengenai watak di dalamnya yang pintar dan bodoh. Melalui watak pintar dapat dilihat tipu muslihat watak apabila ditimpa masalah manakala melalui watak bodoh, dapat dilihat sifat watak yang bodoh, lurus dan dungu
a. Watak pintar bodoh- Pak Pandir
pintar-Pak Pandir membohongi isterinya dia hendak pergi belayar padahal dia hendak memakan kuih isterinya di atas para rumahnya
            bodoh -Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas menyebabkan anknya mati
      b. watak bodoh sial/malang (pak kaduk dan lebai malang)
            -dalam peraduan menyabung ayam, pak kaduk menang sabung tapi kampung tergadai
                c. watak pintar- pak belalang
           -Pak Belalang menjadi nujum tanpa sebarang ilmu, hanya dengan kepintaran otaknya
2. Plot- mudah dan mengikut kronologi, pendek dan mudah diingat
3. Latar tempat- berlaku di dunia nyata seperti kampung, sungai, istana. Contoh, dalam cerita nujum pak belalang latar tempatnya ialah di negeri halban condong.
4. Latar masa- pendek dan singkat. Contoh,  cerita pak pandir berlaku dalam tempoh masa yang singkat iaitu dalam tempoh mak andeh menyuruh pak pandir mencari umpan belalang rusa tetapi pak pandir dapat rusa yang sebenar
5. Gaya bahasa- gaya bahasa klasik tetapi mudah difahami

FUNGSI CERITA JENAKA
1. Sebagai hiburan- kelucuan yang lahir daripada sifat watak memberikan hiburan kepada masyarakat

2. Sebagai pengajaran- cerita jenaka banyak memberi pengajaran seperti  hendaklah berfikiran secara rasional, jangan mudah tertipu dan lain-lain.
3. Sebagai kritikan sosial- mengkritik golongan agama yang tamak, mengkritik golongan istana yang bodoh, mengkritik golongan raja yang mengambil kesempatan terhadap rakyat dan lain-lain.
     
Habis sastera lisan. Esok sambung latihan. Jumaat km2
            -  

SASTERA TULISAN
SEJARAH DAN TAHAP PERKEMBANGAN
Sastera tulisan berkembang selepas perkembangan  s astera lisan setelah masyarakat Melayu mula mengenal bahasa tulisan.
Bentuk prosa naratif tulisan mempunyai nama pengarang @ penulis yg tertentu
Bentuk prosa naratif tulisan termasuklah  sastera sejarah, sastera hikayat, sastera panji dan sastera epik
Bentuk prosa non naratif pula termasuklah sastera undang-undang, sastera agama, sastera kitab dan sastera ketatanegaraan

SASTERA SEJARAH
Definisi
-kumpulan corak sastera yang kebanyakannya dalam bentuk prosa yang mengisahkan tentang salasilah keturunan putera-puteri  raja-raja yang memerintah dan dikaitkan dengan sebuah negeri atau sebuah negara kota iaitu mengenai zaman pembukaannya, keagungan atau kegemilangan dan zaman kejatuhannya. Isi kandungan sastera sejarah  menceritakan sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa silam tetapi terdapat unsur-unsur sastera di dalamnya.
-Terdapat dua corak utama sastera sejarah iaitu;
a)  Sastera sejarah merupakan sejarah negara kota
Dari sudut sejarah, didapati bahawa tiap2 kota Melayu mempunyai sejarahnya masing2. Contohnya Sejarah Melayu mengisahkan negeri Melaka, Hikayat Raja-raja Pasai mengisahkan negara kota Pasai dan lain2. Dalam menulis sejarah negara kota ini, pengarang lebih cenderung menghasilkan cerita2 yg lebih menarik sehingga kebenaran sejarah diabaikan. Dengan ini, unsur kenyataan menjadi unsur mitos, legenda dan fantasi. Contohnya, untuk menceritakan asal usul keturunan raja, mereka menyamakan dengan ketokohan dewa dewi yg memiliki sifat2 luar biasa.
b) Penulisan sejarah yg berkaitan dengan satu-satu peristiwa
Penulisan sejarah merupakan catatan semasa. Penulis cuba menceritakan sesuatu peristiwa sejarah dan tokoh2 yg pernah hidup dalam sejarah.

CIRI-CIRI SASTERA SEJARAH
1.  Tema-  berlegar di istana, mengenai raja2, keturunan, asal usul, dan pembesar2 kerajaan yg terlibat. Ia bermula dengan menceritakan asal keturunan yg dimitoskan. Contohnya, dlm Sejarah Melayu, raja2 Melaka dikatakan berasal daripada keturunan Iskandar Zulkarnanin, Raja Makaduniah yg agung. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula raja Kedah dikaitkan dgn keturunan hulubalang Rom. Ini adalah utk menunjukkan bahawa keturunan raja2 Melayu adalah drp keturunan raja yg agung dan besar kekuasannnya
2.  Dalam sastera sejarah terdapat unsur dongeng & fantasi. Contoh dalam sejarah Melayu, unsur dongeng terdapat dlm peristiwa Badang menjadi kuat kerana memakan muntah hantu
3.  Dalam sastera sejarah juga terdapat unsur mitos yg bertujuan utk mengagungkan golongan raja. Contohnya, dalam sejarah Melayu dikatakan bahawa kedatangan agama islam ke Melaka adalah melalui mimpi seorang raja.
4.  Plot- terdapat 3 peringkat
i)                 Peringkat permulaan- menceritakn jurai keturunan raja, pembukaan negara kota serta mitos kedatangan Islam ke Nusantara. Dalam Sejarah Melayu, peringkat awal menceritakan asal usul raja2 Melayu Melaka dan Singapura dikaitkan dengan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Pembukaan Melaka pula dikaitkan dengan peristiwa aneh Pelanduk putih menendang anjing perburuan raja.
ii)              Peringkat pertengahan / perkembangan cerita-  mengisahkan tentang keagungan dan kegemilangan kerajaan sesebuah negara kota. Pd bahagian ini diceritakan tentang raja2 yang memerintah sehingga negara tersebut muncul sebagai sebuah kerajaan yg terkenal dan kuat. Contohnya dlm Sejarah Melayu, peringkat ini Melaka diperintah oleh raja2 yg berdaulat dan bijaksana seperti Sultan Mansur Syah dan S.Alaudin Riayat Syah. Pd zaman S.Mansur Syah, Melaka semakin kuat, tanah jajahannya luas, malah ramai raja dari lain2 negeri meminta pertolongan dari baginda
iii)           Peringkat akhir- zaman kemerosotan dan kejatuhan, menceritakan negara kota diperintah oleh Sultan yg lemah pemerintahannya dan zalim. Terdapat juga keruntuhan moral dari kalangan istana mahupun rakyat seperti rasuah, pembunuhan dsb. Dalam sejarah Melayu, Melaka mula merosot pd zaman Sultan Mahmud Syah. Baginda memerintah dgn zalim, mementingkan diri dan bernafsu buas. Akhirnya, Melaka jatuh ke tangan Portugis.

-Fungsi Sastera Sejarah-   memberi pengakuan dan pengukuhan kedudukan raja, utk kemegahan generasi pada zaman kehidupan pengarang dan sesudahnya (pengarang meninggikan kedudukan raja dgn memasukkan usur mitos, legenda dan fantasi)

SASTERA HIKAYAT
-Jenis-jenis sastera Hikayat
a) Sastera Hikayat berunsur Hindu (hikayat Seri Rama) (TAHAP PENGARUH HINDU)
- Apabila masyarakat Hindu memasuki alam Melayu, kesusasteraan Melayu mula dipengaruhi oleh kesusasteraan Hindu. Ini dapat diperhatikan melalaui
i) sastera rakyat (s.lisan) yg dipengaruh oleh sastera Hindu. Cerita lipur lara banyak mempunyai persamaan dgn cerita Hindu Ramayana dan Mahabrata seperti pengembaraan wira & wirawati, peperangan, percintaan serta gambaran watak yg mempunyai sifat luar biasa
ii) sastera saduran- hasil sastera Hindu disadur dan disesuaikan dgn unsur tempatan. Misalnya Mahabarata melahirkan Hikayat Pendewa Lima dan Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama
iii) hasil sastera tempatan yg lahir berteraskan hasil sastera hindu- hikayat seri rama tlh melahirkan hikayat Raja Seri Rama
iv) sastera epik- kepahlawanan dlm Ramayana dan Mahabrata tlh membawa kpd kelahiran epik tempatan spt Hikayat Hang Tuah

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU
1.  Tema- kisah pengembaraan, percintaan serta peperangan yg berakhir dgan watak utama mencapai kejayaan & kebahagiaan hidup. Contoh, dlm HSR, ceritanya penuh dgn pengembaraan Seri Rama & percintaannya dgn Seri Dewi yg berakhir dgn kemenangan serta kejayaan Seri Rama
2.  Watak perwatakan- melibatkan watak2 tempatan, contohnya watak seri Rama hanyalah watak manusia biasa tanpa terlibat dgn perjuangan tugas2 yg ideal serta berat. Seri Rama dikatakan menjadi raja negeri Tanjung Bunga manakala Sita Dewi diberi nama Puteri Sekuntum Bunga Setangkai.
3.  Plot- melibatkan jalan crita yg panjang tetapi dibahagi kpd 3 peringkat iatu sebelum, semasa dan selepas pengembaraan. Cerita biasanya berakhir dgn happy ending
4.  Unsur lain- banyak memasukkan unsur kesaktian dan penjelmaan watak, senjata sakti, dan kelahiran hero yg luar biasa. Contohnya, watak Seri Rama memiliki panah sakti. Beliau berjaya memanah kepala Maharaja Rawana yg kecil di bawah telinga kanan sehingga melemahkan kekuatan Maharaja Rawana dan berjaya membunuh Maharaja Rawana
(cari sinopsis cerita Hikayat Seri Rama )

b) Sastera Hikayat berunsur Hindu Islam (TAHAP PRA-ISLAM / SASTERA PERALIHAN HINDU-ISLAM)

-Zaman permulaan kedatangan islam hingga lenyapnya zaman hindu dikenali sebagai zaman peralihan Hindu Islam. Golongan ulama menghasilkan sastera Melayu klasik dan membuangkan sedikit demi sedikit pengaruh hindu.  Dgn kata lain sastera zaman peralihan ialah hasil2 sastera yg dikarang pd zaman peralihan hindu ke zaman kedatangan islam.
-biasanya karya sastera zaman peralihan dinamakan dgn dua nama, contohnya, Hikayat Syahi Mardan @ Hikayat Indra Jaya, Hikayat Marakarma @ Hikayat Si miskin, Hikayat Serengga Bayu @ Hikayat Ahmad Muhammad, dan Hikayat Syah Kobat @ Hikayat Syah Kama.
- karya2 lain yg termasuk dalam golongan sastera peralihan Hindu Islam ialah Hikayat Puspa Wiraja, Hikayat Parang Putting, Hikayat Langlang Buana, Hikayat Berma Syahdan, Hikayat Indera Bangsawan, Hikayat Inderaputera, Hikayat Nakhoda Muda, Hikayat Langka Langkara dan Hikayat Isma Yatim

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT ZAMAN PRA-ISLAM (ZAMAN PERALIHAN HINDU-ISLAM)

1.  Tema- pengembaraan dan kehebatan watak2 utama iaitu putera2 raja. Contohnya dlm Hikayat Inderaputera mengisahkan pengembaraan inderaputera utk mencari ubat beranak bagi Raja Syahian. Digambarkan juga Inderaputera mempunyai keistimewaan sehingga beliau tidak boleh mati kerana mempunyai kesaktian spt geliga, gema hikmat, mutiara dll.

2.  Plot- menyamai plot cerita lipur lara iaitu sebelum, semasa dan selepas pengembaraan & disudahi dgn happy ending. Contohnya dlm Hikayat Indraputera, peringkat permulaan diperkenalkan watak Inderaputera- diterbangkan Merak Emas & djatuhkn di negeri Raja Syahian. Beliau kemudian menyanggupi permintaan raja Syahian utk mencari ubat beranak. Peringkat semasa pengembaraan Inderaputera menempuh pelbagai halangan & rintangan. Akhirnya Inderaputera berjaya mendapatkan ubat tersebut dan kembali pd Raja Syahian

3.  Latar tempat- luas dan banyak melibatkan dunia dan kayangan. Contohnya dlm Hikayat Inderaputera melibatkan negeri jin islam, negeri jin kafir dan bumi

4.  Unsur lain- terdapat unsur Hindu dan Islam. Contohnya dlm Hikayat Inderaputera, unsur Hindu dpt dilihat dlm upacara pemujaan & nama watak berunsur Hindu spt Brahma Sakti, Tuan puteri Jamjam Dewi Gemala Ratna dll. Unsur Islam pula dpt dilihat dr penggunaan nama islam spt Paduka Sultan, Nobat Rom Syah serta terdapat Al Quran, masjid dll
(cari sinopsis cerita Hikayat Inderaputera)

c)   Sastera Hikayat berunsur Islam
                                                         
Cerita berbingkai adalah hasil sastera klasik yg muncul bersama2 kedatangan islam. Ia terdiri drp dua bentuk iaitu cerita berbingkai dari Arab Parsi yg terdiri drp Hikayat 1001 malam, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Bayan Budiman & Hikayat Raja Chulan. Satu lagi cerita berbingkai yg disadur dr India ialah Vetala Vintali, Jaina, & Khalilah Wa Daminah

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR ISLAM (Cerita Bebingkai)

1.  Tema- berkaitan dgn pengajaran, teladan, dan pendidikan. Contohnya, Hikayat Bayan Budiman mengetengahkan tema pendidikan kpd isteri2 spy menjadi isteri yg jujur dan tidak menduakan suami.

2.  Plot- mengikut kronologi. Ceritanya berkembang dalam cerita pokok dan sisipan. Ia bermula dgn cerita pokok (bingkai cerita) dan berkembang dgn cerita sisipan, berakhir dgn cerita pokok. Contohnya, Hikayat Bayan Budiman bermula dgn peristiwa perkahwinan Khoja Maimun dgn Bibi Zainab. Khoja Maimun terpaksa meninggalkan isterinya utk berniaga, tinggallah isterinya bersama burung tiung dan burung bayan. Plot cerita ini berkembang dgn cerita2 yg disampaikan oleh burung bayan kpd Bibi Zainab sebyk 25 buah cerita sisipan pd tiap2 mlm hingga ke pagi. Oleh itu Bibi Zainab tidak dpt menemui kekasihnya dan akhirnya insaf. Plotnya berakhir dgn cerita pokok iaitu Khoja Maimun kembali mendapatkan isterinya.

3.  Latar tempat- berlaku di bberapa tempat sahaja. Dlm Hikyat Bayan Budiman, latar tempatnya berkisar di rumah Khoja Maimun shj.

4.  Watak dan perwatakan- terdiri drp watak pencerita iaitu pd bahagian isi & watak pendengar pd bahagian bingkai. Contohnya dlam Hik.Bayan Budiman burung bayan sbg pencerita manakala pendengarnya ialah Bibi Zainab. Wataknya terdiri drp manusia & binatang. Perwatakannya pula digambarkan sanggup melakukan pekara2 tidak bermoral tetapi akhirnya insaf setelah mendengar cerita drp watak2 tertentu dlm bahagian sisipan cerita. Watak binatang digambarkan boleh berkata2 spt manusia serta bertindak menyelmatkan keadaan
(CARI SINOPSIS CERITA BERBINGKAI)

PERKEMBANGAN SASTERA TULISAN ZAMAN ISLAM

Selain drp cerita berbingkai, kesusasteraan Melayu yg menerima pengaruh islam ialah
a)  Legenda Islam
b) Kitab-kitab ketatanegaraan dan kitab falsafah (tasawuf islam)

LEGENDA ISLAM
-        Boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu
i)                 Cerita mengenai tokoh sebelum Islam
ii)              Cerita mengenai Nabi Muhammad dan keluarganya
iii)           Hikayat mengenai orang yg sezaman dgn nabi- Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
iv)           Hasil2 yg disadur- Hikayat Raja Lahad @ Hikayat Raja Handak

a)  Cerita mengenai tokoh sebelum Islam- contohnya Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Amir Hamzah

CIRI-CIRI CERITA LEGENDA ISLAM
1.  Tema- kepahlawanan, kegagahan serta keluarbiasaan tokoh2 pahlawan Islam. Tokoh2 ini menjadi kebanggaan masyarakat islam di samping berperanan menyebarkan agama islam. Contohnya, dalam Hikayat Amir Hamzah, watak utamanya iaitu Amir Hmazah dianggap tokoh epik Melayu-Islam yg memiliki kehandalan, kegagahan dan kepahlawanan yg luar biasa sejak kecil hinggalah dewasa dan menyertai perjuangan menegakkan Islam bersama Rasulullah
2.  Plot- panjang tetapi bersifat  kronologi dan berperingkat-peringkat. Contohnya dlm Hikayat Amir Hamzah, peringkat permulaan diperkenalkan watak Amir Hamzah yg masih kecil, asal usul keturunannya serta kegagahannya yg luar biasa iaiutu walaupun masih kecil tetapi tlh berjaya membunuh juara gusti & pahlawan Tahir. Peringkat seterusnya ialah ketika beliau dewasa, terpaksa menghadapi raja negeri Parsi dan cabaran2nya sehingga beliau berjaya mengahwini puteri Mahar Negara. Peringkat akhir, Amir Hamzah menyertai perjuangan Rasulullah tetapi terbunuh dlm peperangan dgn Raja Lahad
3.  Latar tempat- latar tempat  sejarah & benar2 wujud tetapi ada juga latar temapt di alam ghaib spt di negeri jin. Terdapat juga tempat2 ibadat spt masjid dan Kaabah. Dlm Hikayat Amir Hmzah, latar temapt meliputi kota Makkah, Parsi, Mesir, yunanai dll serta negeri jin Islam bernama negeri Saharstan Zaban.
4.  Watak dan perwatakan- mencakupi watak manusia biasa, nabi2, jin, malakat dan raja2. Dalam cerita Legenda Islam watak utamanya ialah seorang pahlawan yg memiliki sifat kepahlawanan yg luar biasa dan tiada tolok banding sehingga menjadi kebanggaan org2 Arab dan masyarakat Islam. Contohnya, Amir Hamzah, ank lelaki Khoja Abdul Mutalib merupakan seorang pahlawan yg gagah perkasa. Terdapat juga watak antagonis spt penjaga2 berhala, ahli gusti dan jin kafir. Watak bukan manusia pla terdiri daripada jin Islam dan jin kafir.
5.  Unsur lain- unsur luar biasa, unsur sejarah, dan unsur keagamaan
(cari sinopsis Hikayat Amir Hamzah)

b)cerita mengenai Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya- contohnya Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Nabi bercukur
CIRI-CIRI
1.  Tema- Riwayat Hidup Nabi Muhammad serta peristiwa2 yg berlaku sekitar hidup baginda
2.  Merupakan kisah campur aduk antara mitos dan peristiwa2 sejarah islam sebenar. Contohnya dlm Hikayat Nur Muhammad, watak serta latar adlah berdasarkan peristiwa sejarah islam tetapi dimuatkan unsur mitos spt peristiwa Allah menjadikan Nur Muhammad drp Nur @ cahaya dan daripada cahaya ini dijadikan seekor burung yg cantik. Drp burung inilah terciptanya Fatimah, Hasan, Husin, Abu Bakar dll
3.  Terdapat juga unsur legenda. Contohnya dlm Hikayat Nabi Muhamad diceritakan musuh islam bernama raja Khaibar yg sgt jahat mendapat bantuan drp seorang tukang sihir. Raja Khaibar & tukang sihir dpt dibunuh oleh tokoh legenda Islam bernama Ali bin Abi talib
4.  Menggunakan beberapa teknik seperti teknik penyandaran Hujah iaitu pengarang merujuk Al Quran dan Hadis utk mengukuhkan lg perkara yg hendak dsampaikan. Pengarang juga menggunakan teknik balasan serta ganjaran. Ini adalah untuk mengeksploitasi sifat manusia yg takut akan balasan dan ghairah akan ganjaran. Ia berkesan utk menyuruh manusia berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat
Fungsi Hikayat2 mengenai nabi Muhamad adalah utk menyebarkan dakwah islamiah kpd umat Islam dgn menulis serta memuji Rasullullah sbg pemimpin dan penghulu umat Islam seluruh dunia dgn sifat mulianya spt penyabar, pengasih, amanah dan mempunyai mukjizat.
Cerita ini juga boleh menanamkan ajaran tauhid dan keimanan

SASTERA KITAB
-sastera kitab adalah sastera yg ditulis atas perintah raja2 Melayu islam, lahir di istana dan   dkarang oleh alim ulama. Sastera kitab yg terawal berkembang dikenal sbg kitab risalah yg menerangkan berbagai-bagai persoalan agama dgn cara penyampaian yg mudah utk membolehkan masyarakat Melayu memahami ajarannya. Matlamat utama penulisan sastera kitab adalah utk menentang fahaman animisme yg berkembang dlm zaman peralihan Hindu –Islam & menekankan ajaran tauhid. Sastera kitab membicarakan tentang hukum2 islam, ilmu fikah, ilmu tauhid serta ilmu tasawuf. Penulisan sastera kitab berkembang pesat setelah agama islam tersebar luas di alam Melayu serta wujud kerajaan Melayu islam di Aceh, Pasai & Melaka. Antara penulis yg menghasilkan sastera kitab ialah:
1. Kitab Ilmu Fikah
-membicarakn hukum2 agama islam, persoalan ibadat & cara mengerjakannya dgn betul, perkara2 wajib, sunat dan makruh serta peraturan2 jual beli, hukum ketatanegaraan, hukum peperangan dll.
2. Kitab Ilmu Tasawuf
-membicarakan ajaran islam yg sebenar iaitu hubungan manusia dgn penciptanya.
-terdapat dua aliran @ fahaman dlm penghasilan kitab tasawuf. Golongan yg berfahaman heterodoks diwakili oleh Hamzah Fansuri & pengikutnya Syamsudin al-Sumaterani. Mereka yg beraliran tasawuf Wahdatul-Wujudiah menyatakan bahawa manusia serta Tuhan adalah sama shj. Manusia dikatakan menurut kehendak Tuhan iaitu kehendak manusia itu sendiri. Mereka mendapat sokongan drp Sultan Iskandar Muda. Fahaman ortodoks pula diwakili oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri serta pengikutnya Abdul Rauf Al-Singkel. Mereka yg berfahaman ahli Sunah Wa Jamah menyatakan bhw manusia & Tuhan adalah berbeza. Bagi mereka Tuhan bersifat hakiki tetapi manusia adalah fana. Mereka disokong oleh Sultan Iskandar Thani. Baginda termakan dgn hasutan Nuruddin al-Raniri sehingga mengarahkan fahaman heterodoks dihapuskan. Kemuncaknya sebahagian besar tulisan Hamzah Fansuri & Syamsudin al-Sumaterani dibakar di majid Al Rahman di Aceh

-Antara hasil penulisan Sastera Kitab ialah:
Nuruddin al-Raniri- Kitab Sirat al-Mustaqim, durat al-Faraid bisharah al-Akid, Jawahir al Ulum Ki Fasyir al-Ma’um
Syamsuddin al-sumaterani- mirat al-Muhakkikin, Mirat Al-Iman, Kitab Al Ariffin, Kitab Baira
Hamzah Fansuri- Asraf Al-Ariffin, Syahrabul Asyikin, Syair Dagang, syair Sidang Fakir
Abdul Rauf al-Singkel- Kitab Mirat al-Tullab, Umdat Al-muhtajin Mirat al-Tullab
Syekh Daud al-Fatani- Furu al-Masail, Fath al-Manan, Bughyat al-Tullab

CIRI-CIRI SASTERA KITAB
1.  Tema- keagamaan. Contohnya membicarakan tentang tauhid, fikah, Rukun Iman, Rukun Islam dsb
2.  Bersifat benar- kitab2 ini bersifat benar & ditulis oleh tokoh2 agama yg berpengetahuan tinggi & mendapat pendidikan di tanah Arab terutamanya Makkah. Ia ditulis bersandarkan hujah dr Al-Quran & hadis. Contohnya kitab Mirat al-Muhakkikin menghuraikan makrifat Allah & zikir
3.  Bersifat terjemahan- kitab2 Bahasa arab diterjemahkan ke dlm Bahasa Melayu. Contohnya Hamzah Fansuri menterjemahkan Kitab Syarab al-Asyiqin kpd tajuk dlm bahasa Melayu Minuman Orang Yang cintakan Tuhan
4.  Gaya bahasa- bahasa Melayu dicampuradukkan dgn bahasa Arab

SASTERA KETATANEGARAAN
-dikenali juga sbg sastera adab yg menjadi petunjuk kpd golongan raja2 utk mentadbir negara. Ia lahir dlm zaman kerajaan aceh & merupakan saduran bahasa Arab. Dua buah karya yg terkenal ialah Bustanus Salatin (Taman Raja-raja) tulisan Nuruddin al-Raniri atas perintah Sultan Iskandar Thani dan Tajul Salatin (Mahkota Raja-raja) tulisan Bukhari al-Jauhari

CIRI-CIRI SASTERA KETATANEGARAAN
1.  Tema- isinya kaya dgn petunjuk, nasihat, panduan dan pengajaran terutama kpd raja2. Dimuatkan soal2 cara hubungan rakyat dgn pemerintah & tanggungjawab menteri serta golongan pentadbir. Contohnya, Kitab Tajul Salatin bab 6 menyebut cara2 mentadbir & menjalankan tugas bg mewujudkan keselamatan, keamanan serta keadilan. Bustanus Salatin fasa 3 pula menyebut tentang raja2 yg adil serta pembesar yg arif. Fasa 4 menyebut tentang raja2 yg soleh dan wali Allah
2.  Mengandungi falsafah @ firasat pemikiran yg tinggi. Contohnya bustanus Salatin fasal 1 – 7 menyebut tentang unsur2 pengajaran, pendidikan & amalan hidup islam yg tinggi serta tidak boleh ditandingi agama lain. Ia boleh dijdikan teladan bukan shj utk raja & pembesar tetapi utk semua peringkat masyarakat kerana isinya mengandungi aspek2 spt cara mendidik anak, tentang pekerti yg baik, tanggungjawab pemerintah dan hubungan sesama manusia
3.  Kisah-kisah yg berkaitan dengan nabi2 serta tokoh2 islam terkenal. Kisah2 ini bertujuan utk utk dijadikan teladan serta contoh dr segi kelakuan, sifat & tindak tanduk dlm semua hal pentadbiran negeri. Tajul Salatin bab 5 memuatkan kisah nabi2 yg memerintah sbg raja hingga kpd nabi Muhammad s.a.w serta diganti pula dgn 4 org khalifah iaitu Abu Bakar,  Umar, Uthman dan Ali
4.  Penggunaan bab serta fasal. Contohnya Tajul Salatin mengandungi 24 fasal menyentuh bermacam2 hal tentang kehidupan manusia di dunia terutama dr segi moral manakala Bustanus Salatin mengandungi 7 bab yg terdiri dr 40 fasal
(lihat karya tajul salatin dan Bustanus salatin)

SASTERA UNDANG-UNDANG
        -Golongan karya yg membentangkan undang2 (hukum @ adat sesebuah negeri)
        -terbahagi kpd dua iaitu undang2 laut @ pelabuhan dan undang2 darat
-Undang2 laut menggambarkan tatatertib di pelabuhan, adat istiadat, ketertiban anak2 kapal ketika belayar,  cukai2, adat jual beli serta perniagaan. Corak undang-undang laut termasuklah Adat Aceh, Undang-undang Pelabuhan Kelang serta Undang-undang Laut Melaka.
-Undang2 darat pula menggambarkan suasana @ corak hidup masyarakat lampau. Undang2 darat juga menentukan pembesar2 negeri serta kuasanya & soal pantang larang raja2nya, hukum2 berkenaan jual beli, dakwa mendakwa, pecah amanah & htang piutang. Corak undang2 darat termasuklah kumpulan undang2 yg dikenali sbg Hamba Abdi, Hukum Tanah, Adat 99 (undang-undang Negeri Perak), Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Johor

CIRI-CIRI SASTERA UNDANG-UNDANG
1.  Tidak mempunyai pengajar yg sebenar sebaliknya mempunyai seorang penyusun. Contohnya Hukum kanun Melaka disusun oleh Hang Sidi Ahmad
2.  Golongan bangsawan diagung-agungkan
3.  Termuat unsur2 mitos. Contohnya dlm undang-undang dua belas terdapat satu kisah yg menceritakan penemuan bayi dr dalam buluh betung yg digelar Datuk Langkat Pelanduk
4.  Dibahagikan kpd beberapa fasal serta bab. Contohnya Hukum Kanun Melaka mempunyai 27 fasal dan kesemuanya menyentuh perkara yg berbeza
5.  Terdapat unsur2 @ pengaruh Hindu serta Islam. Contohnya, unsur Hindu dpt dlihat dlm hukum Kanun Melaka iaitu seorang yg dituduh mencuri dkehendaki memasukkan tangannya ke dlm minyak yg menidih utk membuktikan kebenarannya- menyamai cerita Ramayana, watak sita terjun ke dlm api utk membuktikan cintanya pd Rama. Unsur islam pula dpt dilihat melalui fasal 14 iaitu menyebut bhw menurut hkum Allah, org yg dituduh mencuri harus membuktikan kebenarannya di atas mimbar masjid
6.  Ditulis dlm bentuk prosa yg disulami perumpamaan
7.  Kandungannya memuatkan fasal2 mengenai adat-istiadat dan pantang larang diraja. Contohnya, dlm hukum Kanun Melaka fasal pertama menyebut tentang rakyat dilarang memakai pakaian kuning. Fasal kedua menyatakan rakyat tidak boleh menggunakan bahasa diraja
Fungsi sastera undang2 ialah mempertahankan kedudukan raja serta menanamkan kepercayaan kpd rakyat jelata                              




CERITA PANJI(STPM2010)
Pengenalan.

-
Panji membawa maksud dalam bahasa Jawa Kuno adalah gelaran bagi orang bangsawan atau yang berpangkat tinggi dalam tentera Jawa yang kemudiannya diberikan kepada anak raja yang menjadi watak utama dalam cerita panji. Cerita ini pada dasarnya adalah sama tetapi yang membezakannya adalah coraknya sahaja yang berbeza mengikut berlainan tempat. Ia adalah sebuah cerita asli Jawa yang merupakan salah satu cerita yang tertua hasil ciptaan asli kesusasteraan Jawa walaupun terdapat pengaruh Hindu di dalamnya.

Cerita panji ini merupakan lambang kebesaran,kebanggaan dan kebangsaan orang-orang Jawa yang mencerminkan perjuangan hidup nenek-moyang mereka melalui beberapa adat-istiadat,upacara suci dari kehidupan bangsa Jawa.

Menurut Poerbatjaraka,cerita panji ditulis pada abad ke-14 iaitu pada zaman pemerintahan Majapahit yang bermaksud selepas zaman kejatuhan kerajaan Jawa Timur. Kerana itulah terdapat pengaruh Majapahit di dalam cerita ini.

 Cerita-cerita panji ini berkembang ke luar Jawa dan di tokok-tambah sehingga menimbulkan bermacam-macam versi.Mengikut C C Berg,cerita panji telah tersebar luas di nusantara pada abad ke-15.Cerita-cerita panji tersebar di Tanah Melayu apabila Tanah Melayu telah ditakluki oleh Kerajaan Majapahit. Ini dapat dibuktikan dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Cerita panji telah mendapat sambutan dalam masyarakat Melayu kerana banyak naskah cerita panji telah dicatit dalam bahasa Melayu yang kemudiannya berkembang sehingga dipentaskan dalam pertunjukkan teater tradisional seperti wayang kulit,bangsawan dan sebagainya.

Gelaran panji itu bukan sahaja diberikan kepada watak lelaki utama yang menjadi hero dalam cerita itu tetapi juga watak wirawati yang menyamar menjadi lelaki pun menggunakan gelaran yang sama. Seperti Raden Inu Kartapati di dalam Hikayat Nayakusuma bergelar Panji Agung Asmara Perajurit Lara Nestapa.


Karya-karya Panji.

Cerita panji mempunyai dua jenis iaitu jenis prosa(menggunakan nama hikayat) dan juga jenis puisi(mengambil bentuk syair).

Di antara cerita panji jenis prosa ialah:

a.    Hikayat Cekel Wanang Pati.
b.    Hikayat  Perabu Anon.
c.      Hikayat Misa Jayeng Kusuma.
d.    Hikayat Panji Semirang.
e.     Hikayat Raja Kuripan.
f.       Hikayat Rangga Rari.
g.     Hikayat Asmara Jaya.
h.    Hikayat Pengiran Kesuma Agong.

Dan di antara cerita panji jenis puisi adalah:

a.    Syair Panji Semirang.
b.    Syair Ken Tambuhan.
c.      Syair Surat Gamboh.
d.    Syair Surat Bombah.
     e.      Syair Agung Udaya

Ciri-ciri umum Cerita Panji

1.  Tema.

 
mengisahkan tentang tema pengembaraan Panji untuk mencari kekasihnya yang mana percintaan mereka terhalang oleh sesuatu sebab.  
Contohnya seperti dalam hikayat Cekel Wanang Pati yang mana wirawatinya iaitu Raden Galuh Cendera Kirana diculik oleh raksasa(bota). Dengan ini Raden Inu Kertapati menggembara mencari Raden Galuh Cendera Kirana.

2.  Plot- terbahagi kpd 3 peringkat iaitu sebelum pengembaraan, semaa & selepas pengembaraan. Sebelum pengembaraan merupakan pengenalan watak & sebab watak mengembara. Peringkat semasa pengembaraan diceritakan watak putera/i raja terpaksa menempuh pelbagai halangan, rintangan, kesulitan , penderitaan dan peperangan.  Peringkat seterusnya iaitu pengakhiran, cerita berakhir dgn happy ending- watak berjumpa dgn apa yg mereka hajatkan

3.  Watak & peratakan- watak utama terdiri drp anak2 raja yg digambarkan memiliki sifat luar biasa. Contohnya dlm hikayat Carang Kulina, watak utama ialah puteri ratu Daha yg bernama Raden Galuh Pesanggit Ningrat- digambarkan memiliki kecantikan mempesonakan-hidung cantik bagai dusun tunggal, mata bintang timur, bibir limau diulas, betis bunting padi, jari duri landak, pipi pauh di layang, tumit telur burung.

Terdapat jga watak pembantu serta pengiring yg setia dan watak binatang

4.  Unsur-unsur lain

Unsur penyamaran

Unsur penyamaran sgt ketara dlm cerita panji. Contoh dlm hikayat Carang Kulina, Raden Galuh Pesanggit Ningrat menyamar sbg lelaki & menukar nama kpd Carang Kulina


Unsur dewa dewi.

 
Unsur dewa-dewi juga terdapat dalam cerita panji yang sering mendapat tempat yang penting dalam cerita panji kerana dewa-dewi ini adalah seperti pengatur perjalanan cerita.Keadaan ini juga digambarkan sebagai suatu warisan budaya Hindu Jawa.

Dewa-dewi sering menyelamatkan wira dan wirawati dalam penggembaraannya dan Betara Kala telah bersetuju watak perempuan dijelmakan menjadi watak lelaki. Contohnya Raden Galuh Cendera Kirana telah bertukar menjadi watak lelaki dengan nama Kelana Merta Jiwa.

Penjelmaan.

 
Penjelmaan adalah unsur yang menpunyai hubungan dengan Hinduisme yang pernah menjadi agama orang Jawa sebelum kedatangan Islam. Oleh kerana pengaruhnya yang kuat,maka ia pun di masukkan dalam cerita panji.

Misalnya dalam Hikayat Dewa Asmara Jaya,Raden Inu Kartapati dikatakan sebagai penjelmaan daripada Dewi Arjuna.

 
Pertukaran Nama.

 
Pertukaran nama watak di dalam cerita panji adalah satu cirri yang umum. Satu watak itu dapat menukar namanya hingga beberapa kali mengikut kedudukan dan perkembangan peristiwa dalam cerita tersebut. Ia juga adalah satu cirri yang membezakan cerita panji dengan cerita bukan panji. Pertukaran nama ini juga adalah pengaruh daripada kepercayaan orang-orang Jawa. Kerana bagi mereka nama yang diberikan ketika lahir berlainan dengan nama ketika sudah besar yang disesuaikan dengan kedudukan seseorang itu.

Seperti Raden Inu Kartapati dalam Hikayat Dewa Asmara Jaya yang menukar namanya sehingga 7 kali seperti Dalang Ken Penggoda Asmara,Kuda Waneng Baya, Adipati Tambak Baya,Misa Kelana Sira Panji, Asmara Jaya, Kelana Edan Asmara Sira Panji Lara Barangti, Adipati  Macan Negara dan Ratu Anom Kesuma Indera.

Latar tempat dan Nama Watak.

 
Latar Belakang cerita panji adalah berlatar belakangkan tanah Jawa iaitu di tempat yang sama dan seringkali ia berkisar di empat buah kerajaan iaitu Daha ,Kuripan,Singasari dan Gagelang.

Nama watak dalam cerita panji pada umumnya menggunakan nama Jawa yang mempunyai pengertian dalam bahasa Jawa baik sewaktu watak itu baru lahir ataupun sesudah dewasa dan semua namanya itu mempunyai persamaan dengan cerita panji yang lain.

Tujuan dan Amanat

 
Cerita –cerita panji ini bukan sahaja untuk menghiburkan dan keseronokkan kepada para pembaca dan pendengarnya tetapi juga memberikan pengajaran dan pendidikan moral kepada orang ramai seperti pentingnya menepati janji. Disebabkan itu,terciptalah dua golongan watak iaitu watak baik atau wira dan watak jahat yang mana watak baik mewakili golongan putih yang mana sering mendapat kejayaan serta kemenangan. Manakala watak jahat dilihat sebagai watak hitam yang selalunya menerima hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukannya.


Ringkasan Cerita.

 
Raden Inu Kertapati,putera Ratu Kuripan telah ditunangkan dengan puteri Daha iaitu Raden Galuh Cendera Kirana. Pertunangan ini dicemburui oleh adik tiri dan ibu tiri puteri Daha. Untuk memuaskan hatinya,ibu tiri puteri Daha,Paduka Liku meracuni ibu puteri Daha iaitu permaisuri. Kemudian akibat perbuatan adik tiri dan ibu tirinya,puteri Daha meninggalkan Daha bersama pengikutnya serta menukar nama menjadi Panji Semirang yang akhirnya mendirikan sebuah serta menawan setiap rombongan orang Kuripan yang menuju ke Daha. Peristiwa ini membawa kepada pertemuan di antara putera Ratu Kuripan,Raden Inu Kertapati dengan Panji Semirang tanpa disedari oleh Raden Inu. Apabila Panji Semirang mendapat tahu bahawa rancangan perkahwinan di antara adik tirinya dengan Raden Inu Kertapati yang pernah menjadi tunangnya dahulu,Panji Semirang besdih hati lalu keluar menggembara menuju ke Gunung Wilis dan kemudiannya menyamar sebagai pemain gabuh dan menukar namany menjadi Warga Asmara. Oleh kerana bosan dengan Galuh Anjeng,adik tiri Warga Asmara,maka Raden Inu Kertapati keluar berusaha mencari Panji Semirang yang akhirnya mereka bertemu di Gagelang. Selepas mengetahui tentang penyamaran Raden Galuh Chandera Kirana,mereka pun berkahwin.

Pokok ceritanya ialah di antara percintaan antara Raden Inu Kertapati,putera Ratu Kuripan dan Raden Galuh Chandera Kirana,puteri Daha yang menemui halangan daripada Galuh Anjeng dan Paduka Liku. Tetapi oleh kerana kesetiaan Raden Inu untuk memncari tunangnya,dia sanggup menghadapi pelbagai rintangan yang akhirnya membawa beliau kepada Raden Galuh Chandera Kirana dan akhirnya berkahwin.





SASTERA EPIK/ KEPAHLAWANAN

-        Sastera epik berkisar mengenai cerita kepahlawanan, keperwiraan, kesaktian, dan keberanian watak2. Watak manusia menjadi contoh serta teladan yg dpt memberi gambaran tentang sikap serta sifat sesebuah negara @ bangsa. Tokoh epik digambarkan secara berlebih2an seperti taat setia tidak berbelah bahagi, jujur, bijaksana dan memiliki kesaktian. Cerita epik bukan saja menggambarkan tokohnya tetapi juga kerajaan di mana tokoh itu berada. Contohnya, Hikayat Hang Tuah yg menggambarkan ketokohan Hang Tuah menyebabkan kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal pd masa itu.

JENIS-JENIS SASTERA EPIK 

1.  Epik India dan epik Melayu yg disadur dr sastera India
-        Epik india terdiri drp dua buah epik asli Hindu iaitu Mahabarata & Ramayana, yg merupakan epik kebangsaan orang2 Hindu. Watak Rama ( Ramayana) dan Pandu (Mahabarata) adalah simbol pahlawan masyarakat hindu
2.  Epik Melayu yg disadur dr sastera Hindu
-        Isi kandungan epik India yg dimelayukan termasuklah Hikayat Pendewa Lima, hikayat seri Rama, Hikayat Sang Boma& Hikayat Perang pendewa Jaya. Ia telah diubahsuai mengikut unsur tempatan spt latar belakang masyarakat Melayu lama, nama tempat, nama watak, nama negeri, adat istiadat dan unsur taat setia. Sifat kemelayuannya jelas & merupakan seni utk melahirkan rasa kepahlawanan, keperwiraan serta kehndalan pd bangsa Melayu.
(ciri-ciri cerita epik ; rujuk Sastera Hikayat zaman hindu- Hikayat Seri Rama)

3.  Epik kebangsaan
-        Hikayat Hang Tuah merupakan epik kebangsaan yg di dalamnya termuat unsur2 sejarah, mitos, legenda serta fiksyen.Hikayat Hang Tuah merupakan epik Melayu asli & menunjukkan kepahlawanan bangsa melayu
Ciri-ciri
a.   Tema- kepahlawanan bangsa. HHT menceritakan & mengutamakan watak Hang Tuah yg ditampilkan berkenaan ketokohannya sbg pahlawan Melaka. Hikayat ini juga menonjolkan konsep kesetiaan serta semangat kebangsaan. Oleh itu, dlm HHT, Hang Tuah dikaitkan dgn kewibawaan @ kedaulatan negeri Melaka. Sifat keperwiraan Hang Tuah melangkaui dunia luar spt Cina, Majapahit & Siam dan ini mengangkat kerajaan Melayu Melaka di mata dunia luar
b.  Watak & perwatakan- watak manusia biasa tetapi memiliki kuasa luar biasa @ supernatural. Antara sifat luar biasa Hang Tuah ialah memiliki kuasa sakti iaitu yg ada pd keris Taming sari sehingga tidak lut oleh senjata. Beliau juga dpt menjelma sbg harimau utk melawan musuh2nya. Selain itu, terdapat golongan istana spt Raja Melaka, pembesar2 spt bendahara, betara Majapahit dll, watak2 manusia lain spt Hang Jebat, Hang Lekir dll, watak bukan manusia spt Sang Perta Dewa & watak2 binatang spt pelanduk putih, anjing, kuda dll.
c.   Latar tempat- luas. HHT  bermula di negeri kayangan utk mengaitkan keturunan raja Melaka dgn dewa-dewi, kemudian berpindah ke dunia dgn kg Duyung sbg tempt asal Hang Tuah, kemudian Hang Tuah sekeluarga berpindah & menetap di Bentan. Setelah Melaka dibuka oleh Sang Maniaka, mereka berpindah pula ke Melaka, Hang Tuah menjadi laksamana di istana Melaka. Hang Tuah menjalankan tugas sbg diplomat ke negeri Majapahit, China, Siam, Benua Keling,, Rom & Tanah Arab.
d.  Latar masa- lama & panjang- bermula sebelum Melaka dibuka, Melaka dibuka, Melaka mencapai kegemilangannya & berakhir dgn kejatuhan Melaka di tgn Feringgi
e.   Wujudnya sifat objektif drp pihak pengarang.peristiwa2 yg dceritakan dlm hikayat ini asing sama sekali drp apa yg dikisahkannya. Pengarang tidak campur tangan & tidak meluahkan perasaannya. Contohnya,peristiwa pertikaman hangTuah dan Han Jebat merupakan sifat objektif drp pengarang itu.
(cari ulasan Hikayat Hang Tuah)

4.  Epik Melayu- Islam
Epik Melayu-Islam menceritakan kepahlawanan tokoh2 pahlawan Islam. Antaranya ialah, watak Amir Hamzah & Muhammad  Hanafiah . sesuai dgn konsep sastera epik, hikayat ini menceritakan kehebatan, kegagahan dan keistimewaan watak.

Ciri-ciri
a.   Tema- keperwiraan dan kepahlawanan tokoh2 islm sama ada tokoh itu hidup pd zaman sblm Nabi Muhammad, sezaman @ selepas kewafatan nabi. Contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah mengisahkan keperwiraan Muhammad Hanafiah mengepalai angkatan perang sayidina ali menentang pengikut2 Muawiyah yg mementingkan dunia. Beliau juga berjaya membalas dendam & membela kematian saudaranya Husin & Hasan yg mati akibat dinasti Muawiyah.
b.  Watak & perwatakan- watak utama adalah tokoh Islam yg dilukiskan mempunyai sifat luar biasa. Contohnya, tangan Muhammad Hanafiah yg putus dpt dicantum smula dgn kehendak Allah. Watak2 lain pula sbg watak yg pernah wujud dlm Sejarah islam spt  Muawiyah, Yazid, Hasan dan Husin.
c.   Latar tempat- berlatarkan tanah Arab & tempat yg wujud di dunia realiti.  Dlm Hikayat Muhammad Hanafiah, latar tempatnya ialah di Tanah Arab spt di Bukit Jabal Nur, Madinah, negeri Buniar, Benua Rom dsb. Contohnya, angkatan perang seramai 14000 org yg diketuai Muhammmad Hanafiah  dr negeri Buniar tlh berperang dgn angkatan perang Yazid di Madinah.
d.  Terdapat unsur mitos & legenda- ini utk menunjukkan kehebatan tokoh. Contohnya dlm Hikayat Muhammad Hanafiah dimasukkan unsur mitos yg mengaitkan tentang asal usul sesuatu kejadian iaitu pd pengantar hikayat ini dikisahkan tentang kejadian       Nur Muhammad s.a.w. dimuatkan jga jurai keturunan Sayidina Ali. Unsur legenda berciri keislaman ini dpt meninggikan lg martabat agama islam. Digambarkan ketokohannya sbg tokoh legenda yg memiliki kekuatan & kegagahan luar biasa. Contohnya seaktu di medan pertempuran, Muhammad Hanafiah tlh menangkap hulubalang Yazid yg bernama Atbah & Walid, kaki mereka dikoyakkan, sebelah kakinya dilempar kpd kaum Yazid & sebelah lg kpd akarnya.
e.   Latar masa- zaman selepas kewafatan nabi dan zaman perpecahan. (Hikayat Amir Hamzah-zaman sebelum Islam)
Fungsi
-        Menunjukkan kelebihan & keistimewaan tokoh- dpt membanggakan bangsa arab & umat Islam
-        Memberi pengajaran kpd umat Islam bhw berlaku perpecahan di kalangan umat Islam adalah kerana sikap sesetengah umat Islam yg mementingkan keduniaan. Contohnya dlm HMH, berlaku perang sesama umat Islam. Muhammad Hanafiah menentang pengikut2 Yazid krn membalas dendam atas kematian saudaranya Hasan & Husin akibat dinasti Muawiyah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan