Ads 468x60px

Khamis, 24 Mac 2011

Skima jawapan Ujian Mac KM2 tahun 2011

Soalan 1- Cerpen Kesementaraan

a. Perkara-perkara yg dilihat dan dirasai oleh 'aku' ketika berada di Kota Wangi
- Kota Wangi dihuni oleh manusia yg berpendidikan tinggi. Penduduk di situ mementingkan ilmu yg tinggi
- Penduduk di situ tidak mementingkan kejiranan sebaliknya mementingkan diri sendiri. Hal ini merunsingkan 'aku'
- 'aku' berasa tidak senang dgn pusat-pusat hiburan kerana bimbang anak gadisnya akan turut terlibat dengan gejala kurang sihat
- 'aku' berasa was-was sama ada boleh atau tidak dia mengubah corak hidup masyarakat di Kota Wangi sedangkan dia bercita2 utk mengubahnya

b. Latar masyarakat
- latar masyarakat elit di bandar
- latar masyarakat melayu yg mempunyai status yg tinggi
- latar masyarakat yg bekerja sbg kakitangan kerajaan
- latar masyarakat yg mementingkan diri sendiri, tersisih antara satu sama lain

# setiap fakta mesti disertakan huraian/contoh- rujuk teks

c. Perwatakan 'aku'

- seorang yg baik dan mengambil berat- 'aku' mengongkong pergerakan anak-anak gadisnya supaya menjadi orang baik-baik seperti isterinya
- seorang yg bertanggungjawab- becita-cita/ berkeinginan utk mengubah corak hidup masyarakat di Kota Wangi agar kembali kepada kedudukan sebenar
- Tidak berkeyakinan- tidak yakin sama ada boleh mmengubah sikap penduduk Kota Wangi atau tidak

Soalan 2- Kuntum Perdamaian

a. Persoalan dalam cerpen
- Persoalan kasih sayang dan simpati-  Khadijah amat simpati dan sayangkan Atiqah yg bernasib malang terutama apabila melihat Atiqah yg terpaksa berdepan dengan penyakit ibunya
- Persoalan kesan perang dan kezaliman- Atiqah luka parah setelah terkena serpihan peluru berpandu. Peluru itu meledak di kawasan petempatan awam
- Tanggungjawab terhadap pesakit-  Khadijah, Dr. Abdullah dan petugas2 di hospital berusaha menyelamatkan pesakit2 yg berada di hospital itu termasuklah ibu Atiqah, Atiqah dan Mahmoud Noor

b.
i.Teknik saspens
- Pembaca tertanya2 tentang ibu Atiqah- dlm cerpen ini timbul tandatanya adakah ibu Atiqah selamat atau tidak
- Pembaca tertanya2 apabila Atiqah muncul semula dlm hidup Khadijah- Kemunculannya dlm keadaan cedera- pembaca ingin tahu nasib Atiqah

ii. Taknik konflik
- Konflik dalaman bagi Atiqah apabila alat bantuan pernafasan ibunya akan dihentikan
- Konflik dalaman bagi Khadijah yg memikirkan beliau terpaksa membedah Atiqah yg disayanginya
- Konflik antara Khadijah & Dr. Abdullah apabila Khadijah mendesak Dr. Abdullah menimbangkan keputusannya menghentikan alat bantuan pernafasan ibu atiqah
- Konflik antara Atiqah dan Dr.Abdullah-  Atiqah mengamuk apabila Dr. Abdullah ingin menghentikan alat bantuan pernafasan ibunya

c. Perwatakan Khadijah
- Bertanggunjawab- bertanggungjawab membantu pesakit yg dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan
-Penyayang- menyayangi dan simpati terhadap Atiqah-keberatan membedah Atiqah
- Sensitif- hatinya tersentuh apabila mengetahui Dr. Abdullah cuba memutuskan alat bantuan pernafasan ibu Atiqah

Soalan 3- petikan cerpen Garis Panorama.

a. Punca munculnya dialaog
- Satu perbincangan diadakan di rumah Tok Ketua utk membincangkan kawasan tanah perkuburan kampung itu yg hendak dibangunkan
- YB Hamdan dtg utk menyelesaikan masalah itu kerana Dak-Joh tidak bersetuju dgn cadangan itu
- Kebanyakan penduduk kg mendengar perbincangan itu
- YB Hamdan bertegang leher dgn Dak-Joh
- Dak-Joh tetap mahu mempertahankan tanah perkuburan itu tetapi YB Hamdan tetap mahu membangunkan kawasan itu

b. Perwatakan dalam petikan
i. Dak-Joh
- Seorang yg tegas- tidak mudah menerima wang semata-mata utk kepentingan YB Hamdan
- Seorang yg berani- berani melawan YB Hamdan- bangun dgn cepat dan menerpa ke arah YB Hamdan. beliau menunjukkan penentangan thdp YB Hamdan walaupun Yb Hamdan merupakan org yg disegani di kawasan itu

ii. YB Hamdan
- seorang yg pintar- menggunakan wang ringgit utk mencapai cita-citanya. Beliau menawarkan berapa sahaja yg diingini Dak-Joh dgn syarat Dak-Joh menyetujui pembangunan di tanah kubur tersebut

c. Pengajaran drp petikan
- Kita mestilah menghormati tanah kubur- penting menjaga kws kubur kerana merupakan kawasan yg mulia
- janganlah kita menindas org bawahan- sikap YB Hamdan tidak disenangi penduduk kg kerana penindasan yg dilakukan
- janganlah menggunaka kekerasan- kita tidak semestinya menggunakan kekerasan utk menyelesaikan masalah-YB Hamdan mengeluar dan mengacukan pistol ke arah Dak-joh. Ini menunjkkan YB Hamdan cuba menggunakan kekerasannya terhadap Dak -Joh

Soalan 4- Cerpen Nagasaki

a. Yoshida- bekas tentera Jepun yg pernah berkhidmat di Tanah Melayu ketika pendudukan Jepun, berusia lebih kurang 80 tahun, isterinya sudah meninggal dunia, memeluk Islam, kawan Cikgu Sulaiman/ suraiman-San
Perwatakannya
i. Sensitif- sensitif terhadap peristiwa masa lampau terutama yg menyedihkan-tidak membenarkan Michico, Nilakesuma dan Iqbal bergambar di depan tugu Hypocenter kerana tempat itu lambang malapetaka yg menimpa bangsa Jepun.
ii. Cintakan keamanan- menerusi dialognya dpt dilihat bhw Yoshida menyindir golongan muda yg beranggapan dunia ini sudah bebas dari peperangan tetapi sebenarnya tidak

b. Konflik dalaman yoshida - memikirkan kekejaman perang dan kesannya ke atas manusia dan harta benda
- pengeboman yg dilakukan oleh Amerika terhadap Hiroshima & Nagasaki merupakan pengalaman yg mengerikan dan memakan masa utk dilupakan. Oleh sebab itulah Yoshida tidak membenarkan Michico, Nilakesuma dan Iqbal bergambar di tugu Hypocenter kerana baginya, setiap yg bergambar di situ berasa gembira tetapi sebaliknya ia merupakan lambang malapetaka ke atas penduduk Jepun.

c. Persoalan dalam petikan- kesan perang terhadap manusia- perang merupakan satu malapetaka yg dahsyat dan meninggalkan kesan mendalam thdp manusia- Yoshida tidak mahu orang bergambar dalam keadaan gembira di tempat yg menjadi malapetaka bangsa Jepun.

    Persoalan dalam cerpen-
i. nilai persahabatan- Yoshida menjalinkan persahabatn yg erat dgn datuk Nilakesuma dgn cara mengutus surat selepas pulang ke negaranya, Jepun
ii. Perpisahan dan pertemuan semula- Yoshida terpaksa berpisah dgn datuk Nilakesuma tetapi berlaku pertemuan antara Yoshida dan Nilakesuma-ini sedikit sebanyak mengeratkan hubungan kedua-dua negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan