Ads 468x60px

Rabu, 23 Mac 2011

Skima Jawapan Ujian Mac KM1

Soalan 1: Kezaliman raja

1. Kezaliman Paduka Seri Maharaja thdp Tuan Jana Khatib
- Tuan Jana Khatib yg mahir dlm ilmu khaya lillah tlh dtg ke Singapura. Beliau telah menilik batang pinang di depan istana hingga terbelah dua. Kebetulan peristiwa ini dilihat oleh permaisuri raja. Paduka Seri Maharaja murka kerana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja mahu menunjukkan kehandalnnya di hadapn permaisuri. Paduka Seri Maharaja menitahkan agar Tuan Jana kHatib dibunuh. Pembunuhan ini dianggap zalim kerana baginda tidak menyiast terlebih dahulu tujuan Tuan Jana Khatib berbuat demikian.

2. Kezaliman Raja Iskandar Syah
- Raja Iskandar Syah merupakan raja Singapura yg terakhir. Baginda telah memalukan  anak Sang Rajuna Tapa dengan menyulanya di hujung pasar akibat fitnah. Baginda tidak menyiasat terlebih dahulu fitnah yg telah dilemparkan ke atas Sang Rajuna Tapa. Perbuatan yg dianggap zalim oleh Sang Rajuna Tapa ini telah menyebabkannya belot hingga membawa kejatuhan Singapura ke tangan Majapahit.

3. Kezaliman Sultan Mahmud terhadap Tun Ali Sandang dan Tun Isap
- Sultan Mahmud menitahkan Tun Ali Sandang dibunuh hanya kerana cemburukan Tun Ali Sandang yang berada di rumah Tun Dewi semasa baginda ke rumah Tun Dewi. Tun Isap dititahkan membunuh Tun Ali Sandang. Tun Isap melaksanakan tugasnya dan ini menimbulkan kemarahan Seri Wak Raja. Sultan Mahmud menyuruh TunIsap melarikan diri tetapi Tun Isap pulang semula ke Melaka akibat sikap cintakan tanah air. SultanMahmud menyerahkan Tun Isap kepada Seri Wak Raja dlm keadaan tangan terikat. Tun Isap kemudiannya dibunuh oleh Seri Wak Raja.

4. Kezaliman Sultan Mahmud terhadap keluarga Tun Mutahir
- Sultan Mahmud berdendam dengan Tun Mutahir kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda dan Tun Fatimah dikahwinkan dengan Tun Ali. Fitnah Kitul dan Raja Mendaliar membuka peluang kepada Sultan Mahmud untuk membunuh Tun Mutahir dan keluarganya. Hanya Tun Fatimah yg tidak dibunuh dan diambil sebagai isteri.

5. Isi-isi lain
- Kezaliman Paduka Seri Maharaja kerana membunuh seorang kanak-kanak pintar yg telah menyelamatkan Singapura dari serangan todak hanya kerana fitnah pembesar
- Kezaliman Sultan Mahmud membunuh adiknya Raja Zainal hanya cemburukan Raja Zainal yg lebih tampan daripadanya
- Kezaliman Sultan Mahmud yg membunuh Seri Bija diraja yg dtg lambat ke istana pada hari raya. juga kerana dendamnya terhadap Seri Bija diraja yg dianggapnya tidak mahu bertuankan baginda lagi

Soalan 2: Waad

Waad bermaksud perjanjian atau persetiaan antara raja dan rakyat.Raja diwakili oleh Seri Teri Buana manakala rakyat diwakili oleh Demang Lebar Daun.Waad ini dilakukan kerana Seri Teri Buana mahu berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun iaitu Radin Ratna Cendera Puri.Sebelum itu,Seri Teri  Buana telah berkahwin dengan 39 gadis tetapi semuanya menjadi kedal.

Isi Waad:

a. Demang Lebar Daun (pihak rakyat) mahu raja menjaga rakyat, tidak menzalimi rakyat, tidak memalukan rakyat termasuklah tidak mencaci atau mencela rakyat.Sekiranya rakyat melakukan dosa hukum,bunuhlah sahaja.

b.Seri Teri Buana (pihak raja) mahu rakyat tidak menderhaka kepada raja walaupun raja itu zalim.

c.Demang Lebar Daun memberi syarat bahawa jika raja terlebih dahulu mengubah waad,rakyat akan ikut mengubahnya.

Tujuan Waad.

a. Untk mengukuhkan institui raja.
b. Untuk mewujudkan pemerintahan yg saksama, adil dan berkesan.
c. Untuk menanam rasa setia rakyat kepada raja
d. Untuk menanam rasa hormat rakyat kepada raja

Kesan pelanggaran waad:

a. Bagi pihak raja, mereka akan kehilangan negeri sekiranya melanggar waad yg telah dipersetujui. Contoh kesan pelanggaran oleh Raja Iskandar Syah, menyula dan memalukan anak Sang Rajuna Tapa, Singapura akhirnya jatuh ke tangan Majapahit
b. Bagi pihak rakyat, rumah mereka akan diterbalikkan Allah, bumbungnya ke bawah dan kaki tiangnya ke atas. Contoh kesan pelanggaran waad oleh Sang Rajuna Tapa dengan menderhaka kepada Raja Iskandar Syah iaitu membuka pintu Singapura kepada Majapahit, belaiu suami isteri telah menjadi batu dan bumung rumah mereka diterbalikkan Allah s.w.t

Soalan 3
a.  Penutur monolog tersebut ialah Seri Nara Diraja. Duli Yang Dipertuan ialah Sultan Mansur Syah
b. Peristiwa sehingga Hang Tuah hendak dihukum bunuh- .
Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Syah akibat fitnah yg dilemparkan kepadanya oleh orang yg dengki kepadanya. Ini adalah kerana Hang Tuah menjadi orang kesayangan raja terutama selepas Hang Tuah menyelamatkan kuda sultan yg jatuh ke dalam lubang najis. Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja. Tanpa usul periksa, sultan Mansur Syah menitahkan agar Seri Nara Diraja membunuh Hang Tuah
c. Peristiwa selanjutnya- Hang Tuah disembunyikan oleh Seri Nara Diraja disebuah dusun tetapi memaklunkan kepada sultan bahawa Hang Tuah sudah dibunuh. Hang Jebat yang ingin membela kematian Hang Tuah telah mengamuk dan berjaya menguasai istana. Sultan mulai terkenangkan Hang Tuah. Akhirnya Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa masih hidup da disembunyikan di sebuah dusun. Hang Tuah dibawa pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Berlaku pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat namun amat sukar untuk menewaskan Hang Jebat. Akhirnya melalui tipu muslihat, Han Tuah berjaya menikam Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh Sultan Mansur Syah

Soalan 4

a. Dua perwatakan Sultan Alaudin
- Tegas- tegas dalam melaksanakan undang2. Baginda bertindak tegas terhadap pencuri atau mereka yg mengambil harta curi dan tidak mengembalikan kepada tuannya. Setiap pesalah akan dikudungkan tangannya.
- Adil dan menjaga kebajikan rakyat- adil dalam memerintah, menjaga kebajikan rakyat dan sentiasa memastikan keamanan di Melaka. Tindakan baginda yg mengambil tindakan terhadap pencuri telah menakutkan pencuri-pencuri dan rakyat Melaka tidak bimbang lagi akan kejadian kecurian. Tindakan baginda mewujudkan balai di tengah-tengah negeri dan di simpang tiga pula memudahkan rakyat Melaka mendapatkan barang mereka yang dicuri.

b. Kejadian sebelum petikan
- Kejadian kecurian berlaku secara berleluasa di Melaka. Temenggung iaitu Seri Maharaja tidak menjalankan kawalan dengan sempurna sehingga disindir oleh Sultan Alaudin. Sultan Alaudin endiri bertindak mengawal dan menangkap pencuri dengan menyamar sebagai rakyat biasa pada waktu malam.
- Seri Maharaja telah mengetatkan kawalan- beliau mengawal dengan ketat dan membunuh sesiapa sahaja yg berjalan pada waktu malam. Menurut satu peristiwa, Seri Maharaja telah memarang tangan seorang pencuri dan tangannya tersangkut pada alang kedai. Selepas itu, pencuri tidak bermaharajalela lagi di Melaka dan Melaka telah bebas dari ancaman pencuri                                                                                                                                                                                                                         

1 ulasan:

cg Raisah Ibrahim berkata...

semoga dapat dijadikan panduan anak-anak didik ppus Seri Tanjong

Catat Ulasan