Ads 468x60px

Khamis, 10 Mac 2011

Keputusan STPM 2011

Keputusan STPM 2011 telahpun diumumkan. Penantian dalam debaran pelajar-pelajar PPU telah berakhir. Penantian kami tenaga pengajar juga sudah berakhir. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dan melepasi tahap kelayakan ke Universiti. Usaha anda telah diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga kebahagiaan dan kegembiraan mendapat keputusan cemerlang akan terus dilakar apabila berjaya ditempatkan di mana-mana IPTA. Kepada yang tidak berjaya, anda boleh mencubanya sekali lagi...sekali jatuh bukan bererti anda jatuh selamanya...peluang dan ruang sentiasa terbuka luas. Maka, rebutlah peluang itu selagi masih ada hayat di badan....

Aku?...Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi kejayaan cemerlang melalui anak-anak didik PPUS yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu. Buah yang kutunggu akhirnya gugur dalam keadaan masak ranum dan lebat. Sesungguhnya Allah telah membalas keringat yang tertumpah... namun dalam kegembiraan, ketakutan dan kerisauan juga amat menghimpit diri. Mampukah prestasi ini akan dikekalkan? Hanya Allah yang maha mengetahui...segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz-Nya. Sebagai insan, kita hanya mampu berusaha, merancang yang terbaik tetapi perancangan Allah itu lebih baik...

1 ulasan:

Catat Ulasan