Ads 468x60px

Jumaat, 8 April 2011

Soalan drama Lawyer Dahlan

                               

SOALAN:         
  1. Bagaimana pandangan Dahlan terhadap orang yang datang minta derma di rumahnya
  2. Perwatakan negatif Dahlan
3.      Peranan Pak Hamid pada peringkat akhir drama

PANDANGAN DAHLAN TERHADAP ORANG YANG DATANG MINTA DERMA DI RUMAHNYA
          Dahlan menganggap orang yang datang minta derma sengaja bermanis-manis mulut dan muka untuk mendapatkan simpati
          Dahlan turut menganggap orang yang datang minta derma mengambil kesempatan apabila mereka tidak mempunyai wang
          Menganggap wang tersebut diselewengkan kerana peminta derma akan menggunakan wang itu untuk tujuan  sendiri
          Menganggap orang yang meminta derma merupakan golongan bawahan apabila mereka sudah mempunyai hasil yang banyak iaitu hasil daripada derma orang ramai
          PERWATAKAN NEGATIF DAHLAN
          Memperlekehkan orang yang meminta derma
  - Memandang serong kepada peminta derma kerana menyangka mereka mahu mengambil kesempatan terhadap orang ramai
  - Tidak menyenangi peminta derma kerana menganggap suka berpura-pura dan menipu
          Mementingkan kedudukan
  - Tidak suka meminta bantuan daripada sumber derma kerana status sebagai seorang bangsawan
  - Dahlan suka sekiranya Pak Hamid menggunakan peluang kedudukannya untuk memperoleh kesenangan hidup terutamanya biasiswa
          Suka membuat tuduhan melulu
  -Menganggap peminta derma menggunakan wang derma untuk mereka sendiri
  - menuduh peminta derma menipu orang ramai untuk kesenangan diri sendiri misalnya mengadakan jamuan dan makan yang sedap-sedap
          Menolak amalan bekerjasama
  - Dahlan tidak menyenangi sikap Pak Hamid yang sentiasa mengamalkan  kerjasama meringan-ringankan bebanan dalam menjalankan sesuatu kerja ke arah kebaikan
PERANAN PAK HAMID DALAM PERINGKAT  AKHIR DRAMA
          Menyedarkan kesalahan Dahlan
  - Menyuruh Dahlan insaf dan kembali ke pangkuan masyarakat
  - Pak Hamid meyakinkan Dahlan bahawa masyarakat akan menerimanya walaupun kesalahan Dahlan sangat besar
  - Dahlan harus menginsafi, membersihkan diri dan jiwa supaya diterima semula oleh masyarakat
          Manghalang Dahlan daripada membunuh diri
  - Pak Hamid sempat menegah Dahlan daripada membunuh diri ketika di kubur
          Mengembalikan kebahgiaan hidup Dahlan
  - Pak Hamid meminta Dahlan kembali ke pangkuan isteri, Rahimah setelah Dahlan menceraikan Rahimah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan