Ads 468x60px

Jumaat, 8 April 2011

Contoh soalan petikan cerpen Kesementaraan

SOALAN. (CERPEN KESEMTARAAN)        
                
1.Apakah maksud ekor dan keistemewaan ekor.
                 
2.citra penghuni kota wangi.

 Petikan

     Dan,setelah perpindahannya bermula dan keluarganya tinggal di Kota Wangi ,isterinya mula maklum,umumnya penghuni Kota Wangi berekor  ramai pula yang menambahkan lagi ekornya tahun.Kalau yang mendapat ekornya dari dalam negeri tidak akan merasa puas.Dan cepat-cepat keluarnageri dan menambahkan ekornya satu lagi.
     Golongan intelek zaman sekarang adalah golongan yang banyak mempunyai ekor,cerita seorang kawan,Dia mengeleng kepala.Ini suatu penghinaan terhadap kaum interlik ,fikirnya. (halaman  50)


JAWAPAN

1.maksud ‘ekor’
-Golongan yang mendapat pendidikan tinggi
-Golongan dianugerahkan dengan sijil /diploma/ijazah dan lain-lain

Keistemewaan ‘ekor’
-menyebabkan mereka dihormati
-menentukan gaji yang akan diperolehi
-menentukan jenis pekerjaan yang akan dimiliki

2.citra penghuni Kota Wang.

  a.masyarakat yang sombong
         ¨         Penghuni Kota Wangi tidak membeli di gerai dan di pasar sebab tidak mengambarkan indentiti intelektual sebaliknya tugas itu dipikul oleh orang gaji mereka.

  b.masyarakat yang mengambal kesempatan
         ¨         Isteri watak ‘dia’ pernah ditipu oleh jirannya apabila jirannya mengadakan majlis baca yassin tetapi sebenarnya selepas itu mengadalan parti ‘make-up’menyebabkan mahu tak mahu terpaksa membelinya.


  c.masyarakat yang terpengaruh dengan budaya barat
         ¨         Watak ‘dia’mengambarkan penghuni Kota Wangi terpengaruh dengan sistem penduduk liberal acuan Barat menyebabkan terjebak dengan kehidupan ala Boy George,Dallas dan Dynasty

  d.masyarakat yang terancam gengan gejalah kecurian
         ¨         Sebahagian besar rumah penghuni Kota Wangi memasang jerigi kerana takut dimasuki pencuri.

  e.masyarakat yang taksub
         ¨         Ada di kalangan penghuni Kota Wangi yang ekstem/taksub dengan agama sehinggakan menolak permodenan seperti televisyen,surat khabar dan kereta.Selain itu, ada yang sanggup mengeluarkan fatwa sewenang-wenangnya sehingga mengalahkan mufti

  f.masyarakat yang munafik
         ¨         Seorang ustaz didepan rumah watak ‘dia’ yang sering membaca khutbah jumaat dengan member nasihat tentang takwa dan berjiran tetapi tidak menjenguk muka ketika dia dan seorang jiran india membakar sarang tebuan di depan rumah ustaz tersebut.

  g.masyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan
         ¨         Kebanyakkan penghuni Kota Wangi  tidak memperdulikan orang lain termasuklah jiran-jiran kerana masing-masing menumpukan pada diri sendiri.Keadaan ini menimbulkan rungutan dan perasaan sepi kepada isteri watak ‘dia’

  h.masyarakat usahawan yang tamak
         ¨         Masyarakat Kota Wangi juga terdiri daripada masyarakat usahawan yang tamak dan rakus mencari kesenangan /kekayaan.Golongan ini sanggup membuat pinjaman bank berjuta-juta semata-mata untuk mengaut keuntungan pribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan