Ads 468x60px

Jumaat, 8 April 2011

Contoh soalan dari Prosa Tradisional Hikayat Pandawa lima

i) Huraikan persoalan yang terdapat dalam cerita di atas.
(F)= usaha mengembalikan  hak.                                  
(H/C)= Maharaja Gatotkaca dan Sang Bimayu mendapatkan semula Dewi Satya Sundari yang dilarikan oleh Laksmana Kumara. Sang Bimayu telah Berjaya mendapatkan Dewi Satya Sundari semula memandangkan Dewi Satya Sundari tidak suka akan Naim dan Laksmana Kumara.

(F)= Keistimewaan pemerintah.
(H/C)= ketika berperang, Maharaja Gatotkaca dan Maharaja Bala Dewa memperlihatkan kehandalan masing-masing. Contohnya, apabila Kaharaja Gatotkaca mencampakkan cakera ke udara, lalu turunlah hujan rebut petir serta halinlintar.


(F)= usaha mewujudkan keamanan.
(H/C)= Bentera Krisna telah mendamaikan pertelingkahan antara Maharaja Gatotkaca dengan Maharaja Bala Dewa.


ii) Latar tempat.
(F)= sebuah bukit.
(H/C)= tempat Sang Bimayu dan Jerude berehat. Disinilah Bota Kala Putra bertemu dengan Jerude.

(F)= Gunung Ugra Bajra
(H/C)= tempat Maharaja Gatotkaca berkumpul dengan rakyat sebelum ke istana Bala Dewa.



(F)= rumah Betara Gurga
(H/C)= tempat Sang Bimayu dan Jerude dibawa oleh Kala Putra. Dihalaman rumahnya terdapat perempuan yang cantik-cantik dan berbagai-bagai jenis tengkorak naim. 

(F)= istana Maharaja Bala Dewa.
(H/C)= tempat pertarungan antara Maharaja Bala Dewa dengan Maharaja Gatotkaca.


iii) latar masyarakat
(F)= ketegori.
(H/C)= masyarakat istana. Mengfokuskan kepada beberapa orang raja atau maharaja seperti Maharaja Gatotkaca dengan Maharaja Bala Dewa terdapat juga rakyat dan pengikutnya iaitu rakyat Putra Baya dan rakyat Korawa.



(F)= dari segi golongan.
(H/C)= golongan seperti maharaja-maharaja yang diketengahkan dalam cerita ini iaitu Bentera Krisna dan Maharaja Gatotkaca.

(F)= dari segi corak hidup.
(H/C)= corak hidup yang kucar-kacir kerana pemerintah yang sering berperang antara satu sama lain.
     

Contoh soalan petikan cerpen Kesementaraan

SOALAN. (CERPEN KESEMTARAAN)        
                
1.Apakah maksud ekor dan keistemewaan ekor.
                 
2.citra penghuni kota wangi.

 Petikan

     Dan,setelah perpindahannya bermula dan keluarganya tinggal di Kota Wangi ,isterinya mula maklum,umumnya penghuni Kota Wangi berekor  ramai pula yang menambahkan lagi ekornya tahun.Kalau yang mendapat ekornya dari dalam negeri tidak akan merasa puas.Dan cepat-cepat keluarnageri dan menambahkan ekornya satu lagi.
     Golongan intelek zaman sekarang adalah golongan yang banyak mempunyai ekor,cerita seorang kawan,Dia mengeleng kepala.Ini suatu penghinaan terhadap kaum interlik ,fikirnya. (halaman  50)


JAWAPAN

1.maksud ‘ekor’
-Golongan yang mendapat pendidikan tinggi
-Golongan dianugerahkan dengan sijil /diploma/ijazah dan lain-lain

Keistemewaan ‘ekor’
-menyebabkan mereka dihormati
-menentukan gaji yang akan diperolehi
-menentukan jenis pekerjaan yang akan dimiliki

2.citra penghuni Kota Wang.

  a.masyarakat yang sombong
         ¨         Penghuni Kota Wangi tidak membeli di gerai dan di pasar sebab tidak mengambarkan indentiti intelektual sebaliknya tugas itu dipikul oleh orang gaji mereka.

  b.masyarakat yang mengambal kesempatan
         ¨         Isteri watak ‘dia’ pernah ditipu oleh jirannya apabila jirannya mengadakan majlis baca yassin tetapi sebenarnya selepas itu mengadalan parti ‘make-up’menyebabkan mahu tak mahu terpaksa membelinya.


  c.masyarakat yang terpengaruh dengan budaya barat
         ¨         Watak ‘dia’mengambarkan penghuni Kota Wangi terpengaruh dengan sistem penduduk liberal acuan Barat menyebabkan terjebak dengan kehidupan ala Boy George,Dallas dan Dynasty

  d.masyarakat yang terancam gengan gejalah kecurian
         ¨         Sebahagian besar rumah penghuni Kota Wangi memasang jerigi kerana takut dimasuki pencuri.

  e.masyarakat yang taksub
         ¨         Ada di kalangan penghuni Kota Wangi yang ekstem/taksub dengan agama sehinggakan menolak permodenan seperti televisyen,surat khabar dan kereta.Selain itu, ada yang sanggup mengeluarkan fatwa sewenang-wenangnya sehingga mengalahkan mufti

  f.masyarakat yang munafik
         ¨         Seorang ustaz didepan rumah watak ‘dia’ yang sering membaca khutbah jumaat dengan member nasihat tentang takwa dan berjiran tetapi tidak menjenguk muka ketika dia dan seorang jiran india membakar sarang tebuan di depan rumah ustaz tersebut.

  g.masyarakat yang tidak mengamalkan semangat kejiranan
         ¨         Kebanyakkan penghuni Kota Wangi  tidak memperdulikan orang lain termasuklah jiran-jiran kerana masing-masing menumpukan pada diri sendiri.Keadaan ini menimbulkan rungutan dan perasaan sepi kepada isteri watak ‘dia’

  h.masyarakat usahawan yang tamak
         ¨         Masyarakat Kota Wangi juga terdiri daripada masyarakat usahawan yang tamak dan rakus mencari kesenangan /kekayaan.Golongan ini sanggup membuat pinjaman bank berjuta-juta semata-mata untuk mengaut keuntungan pribadi.

Selasa, 5 April 2011

Tajuk Fokus STPM

TAJUK-TAJUK FOKUS 2011 (KESUSASTERAAN Melayu TRADISIONAL – KM1)
BAHAGIAN  A                                                                                                                            
1.       Nurudin al raniri
2.       Hamzah fansuri
3.       Tun Seri Lanang
4.       Syeikh Muhamad Zainal Abidin
5.       Syeikh Ahmad
6.       Cerita Lipur lara
7.       Cerita Legenda
8.       Pembentukan pantun
9.       persoalan
BAHAGIAN B                                                                                                                          
1.       Unsur pengembaraan
2.       Unsur humor
3.       Wasiat
4.       Pathos
5.       Adat istiadat
6.       Peranan golongan wanita/ arab/ india muslim
7.       Peristiwa serangan feringgi
8.       Peristiwa perebutan kuasa Raja Kasim dan Raja Ibrahim
9.       Rasuah
10.   Kepentingan puisi
11.   waad
BAHAGIAN C         

1.       Sastera Hikayt- Hik. Pandawa Lima (Pra Islam unsur Hindu),  Hik. Ahmad Muhamad (Pra Islam unsur  Hindu Islam
2.       Sastera Agama- Inilah Hikayat Nur Muhammad
3.       Sastera Kitab – Kitab Hadiqat ….
4.       Sastera ketatanegaraan – Bustanus salatin & Sastera Panji (HMTJK)- dh kuar 2004
BAHGIAN D
1.       Peribahasa berangkap
2.       Talibun
3.       Gurindam berlapis
4.       Seloka si luncai
5.       Nazam
6.       Ghazal
7.       Rejang
8.       Syair & mantera – dh kuar 2005


KESUSASATERAAN Melayu MODEN (KM2)
BAHAGIAN A
1.       Abdullah Munsyi
2.       Sasterawan Negara
3.       Isu-isu kritikan sastera (ada 5 isu)
4.       Polemik dalam kritikan sastera
5.       Pendekatan estetika
6.       Persoalan
7.       Penulis guru
8.       Penulis wartawan
9.       Perkembangan novel
10.   Institusi (ASAS 50 dah keluar 2009)

BAHAGIAN B
1.       Kesementaraan
2.       Kuntum perdamaian
3.       Garis panorama
4.       Perjalanan yang tak direncana
5.       Nagasaki
6.       Novel – watak perwatakan, pengajarn, kritikan sosial, konflik, saspen, Persoalan
BAHAGIAN C
1.       Drama Lawyer Dahlan- hampir setiap tahun keluar petikan
BAHAGIAN D
1.       Membunuh mimpi
2.       Pada setiap kali kau tiba, Ogos
3.       Keindahan yang hilang
4.       Kunci
5.       Doa terakhir
6.       Bulan berdarah
7.       Sewaktu melintasi kundasang
8.       Ke ruang katarsis
9.       www.siber merdeka.com.my
10.   Kuali hitam
## yang selalu ditanya- gaya bahasa, tema persoalan, mesej/ nilai,  harapan penyajak, perasaan (intuisi) penyajak, nada dan kesan penggunaan gaya bahasa
##mesti sertakan contoh baris / rangkap sajak

KESAN PENGGUNAAN GAYA BAHASA
1.       Anafora dan epifora- menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan, menimbulkan kesan keindahan pada pengucapan, kesan penegasan

2.       Asonansi- menimbulkan kelembutan irama, menyedapkan sebutan bunyi, kelembutan bunyi

3.       Aliterasi- menimbulkan kekerasan/ kelantangan bunyi, menyedapkan sebutan, kelembutan @ kemerduan bunyi

4.       Personifikasi- memberi penekanan pada sesuatu perkara yang ingin disampaikan,  memberikan gambaran kehidupan yang lebih jelas, menghidupkan pengucapan dan menggerakkan imaginasi pembaca @ menimbulkan pengucapan yang puitis

5.       Metafora- menimbulkan pengucapan puitis dan membawa pernyataan fikiran yang tepat serta berkesan
6.       Hiperbola- menguatkan kesan/ makna gambaran

7.       Perlambangan/ simbol- menggerakkan imaginasi pembaca

8.       Paradoks- memberi gambaran yang bertentangan

9.       Rima- kesan kemerduan dan keindahan bunyi

# gaya bahasa yang menimbulkan kesan estetik- gaya bahasa perulangan (semua jenis perulangan termasuk asonansi dan aliterasi), paradoks, inversi, perlambangan

KESAN PENGGUNAAN TEKNIK PENCERITAAN (PROSA)

1.       Teknik pemerian (memerihalkan suasana)- memberi gambaran dgn lebih berkesan / menghidupkan imaginasi pembaca
2.       Teknik dialog (perbualan antara watak)- memberi gambaran lebih realistik
3.       Teknik imbas kembali (ingatan terhadap masa lalu)- gambaran watak lebih realistik & berkesan / plot cerita lebih rencam/ kompleks
4.       Teknik monolog (percakapan sendirian watak)- gambaran watak lebih terperinci
5.       Teknik monolog dalaman (percakapan dalam hati)- gambaran watak lebih mendalam
6.       Teknik imbas muka (bayangan perkara yg akn berlaku pd masa akn dtg) – plot cerita lebih kompleks
       


BUKAN SENANG UNTUK SENANG BUKAN SUSAH UNTUK SUSAH. SESUNGGUHNYA KEJAYAAN BERMULA DENGAN USAHA YANG GIGIH…YAKINLAH BAHAWA ALLAH AKAN MEMBANTU ORANG-ORANG YANG RAJIN BERUSAHA DAN SENTIASA MEMINTA DARIPADANYA.


            


KM2- BAHAGIAN A

(SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA)
PENGENALAN.
Kesusasteraan dalam pendekatan moden ialah hasil karya individu yang mengumpul segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi, budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentas pelbagai ilmu termasuk sains sosial, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya


SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU  MODEN.

Kajian tentang sejarah kesusasteraan Melayu moden dan kritikan sastera
Memberi penekanan kepada empat perkara berikut:

1.  Tahap perkembangan mengikut tiga zaman terpenting iaitu zaman Abdullah Munsyi, sebelum perang dan selepas perang.
2.  Tokoh pengarang
3.  Persoalan dan realiti masyarakat.
4.  Institusi sastera


TAHAP PERKEMBANGAN

-        Perlu disentuh secara ringkas:

1.  Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan, seperti keadaan sosial, ekonomi, politik, dan kewujudan institusi sastera
2.  Jenis-jenis sastera yang berkembang pesat mengikut tahap.
3.  Tokoh-tokoh pengarang penting dan utama yang muncul setiap tahap
4.  Persoalan dan isu yang menjadi tumpuan utama dan besar bagi pengarang untuk ditimbulkan dalam karya

TOKOH PENGARANG

-        perlu dibincangkan perkara-perkara berikut secara ringkas:

1.  Latar kehidupan dan pendidikan pengarang, untuk melihat bagaimana cara hidup  atau pergaulannya serta pendidikannya mempengaruhi kegiatan kepengarangannya.
2.  Sumbangannya dalam jenis-jenis sastera tertentu sama ada sastera sejarah, novel, cerpen, drama atau sajak.
3.  Kepentingan tokoh, iaitu kedudukan atau penguasaannya dalam jenis-jenis sastera tertentu, mengikut keupayaan dan kepakaran masing-masing dalam bidang penghasilan karya sastera
4.  Antara tokoh ialah:

a.  Abdullah b Abdul Kadir Munsyi
b.  Syed Sheikh al – Hadi (STPM 2008)
c.   Ahmad b Muhammad Rasyid Talu
d.  Abdul Rahim Kajai(stpm 2010)
e.  Muhammad Yassin Maamur
f.     Ishak Hj Muhammad
g.  Sasterawan-sasterawan negara – Keris Mas, Shahnon Ahmad,Usman Awang, A.samad Said, Arenawati,  Muhammad Haji salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain


PERSOALAN DAN REALITI MASYARAKAT


1.  Pertembungan Timur – Barat
2.  Reformasi  Pemikiran
3.  Emansipasi wanita
4.  Reformasi pendidikan
5.  Nasionalisme
6.  Perpaduan
7.  Dasar Ekonomi Baru


INSTITUSI SASTERA



1.  Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
2.  Pejabat Karang Mengarang
3.  Maktab Perguruan Sultan Idris
4.  ASAS 50 (STPM 2009)
5.  Peranan penerbit
6.  Dewan Bahasa dan Pustaka
7.  Jabatan Pengajian Melayu
8.  GAPENA


KRITIKAN SASTERA

Kajian adalah berkaitan:

1.  Definisi, fungsi dan ciri-ciri kritikan sastera
2.  Sejarah ringkas berhubung  tahap perkembangan, tokoh dan isu-isu kritikan sastera
3.  Pendekatan kritikan sastera